Fun Run

Sejak akhir-akhir ni aku mula menjebakkan diri dalam aktiviti Fun Run anjuran pelbagai organisasi luar

24 Ogos 2017 Heart Walk anjuran PJHUS bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ada beberapa pilihan: 2 km Heart Walk / 5 km Fun Run / 12km Competitive Run
"Debut kali pertama bersama isteri ialah heart walk ^-^! Warm up dulu.. Kebetulan adik-beradik aku yang lain (Kak yong, Abang Ngah, Abang Chik pun sertai larian di tempat mereka.."
"Together we run! The power of sibling" - kata kak yong

15 September 2017 Charity Run anjuran Hospital Sentosa berlatar di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. Kali ni aku sertai secara solo (sebab isteri tak bersedia untuk jogging lagi)
Mungkin ni satu permulaan untuk ke arah kehidupan sihat. Insya-allah..

Entah aku pernah termimpi suatu masa lalu, yang mana tiba-tiba aku tak mampu lagi untuk berlari. Bagi kebanyakan orang dewasa, mungkin takde makna apa sangat tak dapat kalau tak dapat berlari. Tapi bagi aku, macam kehilangan sesuatu yang berharga..
"Selagi berkemampuan, insya-allah aku akan terus berlari.."
Oh ya, teringat aku akan suatu entri lama jogging. Aku cuba praktik teknik jogging yang baru tapi nampaknya masih tak biasa lagi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)