Curhat 12.10

Ulang tahun ke-9 sejak pemergian arwah Wan bonda kesayangan.. Entri kali ni hanya sekadar cur-hat (curahan hati) bersempena peristiwa tersebut..
"Assalamualaikum.. Ke hadapan Wan yang kini berada di sana.. Semoga sentiasa dicucuri rahmat dan pengampunan Allah.."
Dah 9 tahun tak berjumpa, banyak perkara yang sebenarnya Ran nak cerita kat Wan yang berlaku sejak Wan takde di rumah..
--------------------------------------------------------

Mula dengan Ayah dulu.. Nak tahu, Ayah berkahwin lagi selepas beberapa bulan Wan pergi.. Dalam 4 bulan kot. Tapi perkahwinan Ayah dengan mak tiri Ran tak ikut sebab kebetulan Ran pergi exchange program UNIMAS-USM masa tu.. Jadi tak dapat nak cerita tentang suasana perkahwinan tu.. Dengarnya adik-beradik macam tak begitu terima berita tu secara mendadak, tapi bagi Ran paling penting Ayah kena bahagia sejak Wan pergi..
"Yang pasti, Ran rasa itu bukan atas kehendak hati ayah, tapi lebih kepada nasihat orang (Wah kot) agar ayah tak bersedih/ bersendirian ingatkan Wan dengan semua anak-anak takde nanti.
  • Sejak berkahwin lagi, Ran tengok ayah bahagia. Pakai, makan, ubat Ayah terjaga. Alhamdulillah dengan bantuan mak tiri. Takde la berseorangan lagi. Paling tidak ada la teman untuk pergi masjid dan apa jua aktiviti yang Ayah buat (kalau anak-anak keluar kerja/ dll)
  • Tapi kadangkala, Ran perasan bahawa Ayah pun rindukan Wan juga. Terdengar bahawa Ayah pun dengar lagu Wan dulu lagu Fauziah Latiff. Teringat Wan dan Ayah duet dulu.. (satu kenangan yang Ran takkan lupa)
  • Oh ya, Ayah kena 'kanser myeloma' (baca: multiple myeloma) sejak hardship 2nd wave 2015, kena chemo & follow up. Kanser ni yang tak bestnya dia boleh ganggu banyak organ badan. Tapi buat masa ni Ayah masih sihat lagi.. Cuma masih ada appointment dengan hospital Ampang..


---------------------------------------------------

Seterusnya mak tiri kami pula.. Namanya MakDah, 8 tahun lebih muda dari Wan. Asal dari kawasan Bota sana juga. Dulu kerja kerani sekolah tapi sejak berkahwin jadi suri rumah. Orangnya lemah lembut dan penyabar. Masak pun sedap je Ran rasa. Ran nak berterima kasih sebab MakDah sudi jaga Ayah yang sejak Wan pergi..
  • Cuma tak sampai rezeki untuk ada adik tiri.. Kalaulah ada adik tiri, agaknya bagaimana ye..? Ran selalu ada adik angkat je selama.. tapi takde la rapat mana pun. Adik kandung sendiri pun tak berapa merasa adik sangat (tapi Ran sayang adik kandung lagi daripada semua adik)
  • Tapi Ran tetap doakan MakDah agar berbahagia selalu..
---------------------------------------------------

Seterusnya Kak Yong pula.. Kalau dulu Wan ingat lagi ada cucu Ahmad Zahirul Haq. Sekarang ni Ahmad tu dah besar sikit dah (sekolah rendah) ada 3 lagi adik. seorang adik lelaki, 2 orang lagi adik perempuan. Yang perempuan muka sebijik macam Kak Yong. Yang bongsu lahir dekat-dekat birthday Wan jugak (17 Oktober 2013 sempena kelahiran baru).. Kak Yong sekarang kerja kat Dayabumi tempat kerja lama Ayah dulu, pun company macam Ayah jugak..

---------------------------------------------------

Dan lepas tu Abang Ngah. Abang Ngah berkahwin pada tahun 2010. Tempat majlis Abang Ngah betul-betul sama macam tempat kak Yong dulu, masjid Asy-Syafi'e Taman Maluri sana. Sekarang ni Abang Ngah dah ada 2 orang anak perempuan. selalunya anak abang ngah dibawa jumpa anak kak yong kat rumah cempaka untuk main-main & jumpa tok (Ayah)..
"Nah, ni gambar anak kak yong dengan anak Abang Ngah (tapi gambar ni dah lama, mereka dah tadika dah sekarang). "
"Apa-apa pun, Kami adik-beradik akan ikut cuba bersatu sebagaimana Wan dan adik-beradik Wan sentiasa bersatu."

---------------------------------------------------

Lepas Abang Ngah, Abang Chik pulak. Abang Chik baru kahwin tahun ni (entri Abang Chik kahwin). Isterinya kerja doktor di kawasan desa pandan tempat kedai nasi ayam sana. Tapi Abang Chik pula kerja di Gebeng sana, tapi Abang Chik masih lagi family-man, selalu je balik rumah tengok-tengok Ayah dan lain-lain..
"Masa Abang Chik kahwin, Ran jadi Right hand man dia.. Kena baca doa majlis, driver, hantar barang hantaran.. Ran tak berkira, malah berbangga sebab Abang percaya kat Ran. 
"Dan banyak kali Abang Chik selalu tolong Ran dalam macam-macam.. Dan akhirnya dapat lihat Abang Chik ke alam perkahwinan, Ran gembira tengok Abang Chik bahagia..
"Sayangnya, Ran teringin sangat kalau-kalau Wan dapat tengok/hadiri perkahwinan kami semua adik-beradik.. Terkadang berharap la kisah for One More Day menjadi kenyataan walaupun sekali.. v_v 
---------------------------------------------------

Sebelum cerita pasal Ran, bagi cerita Nawar dulu.. Wan nak tau, sejak Wan pergi Nawar mula diet dan main basikal. Sekarang ni dah kurus dah, mesti Wan tak cam dah Nawar yang sekarang. Nawar habis ambil diploma kat KLUIC kat Bangi sana lepas tu kerja kat Aquatech. Kerja dia banyak offshore, pergi kembara (3) ke Chillegon, Turki, Istanbul dll. Ran pulak yang jeles dia pergi oversea lagi banyak.. Tapi kalau masa dia tak outstation, dia pergi main basikal je..
"Kak Yong, Abang Ngah, Abang Chik, Nawar kini kerja dalam engineering-related work. Cuma Ran je kerja lain skit..
----------------------------------------------------

Dan sampai turn Ran pulak.. 4 tahun lepas Wan pergi, tarikh ni jugalah (12.10.2012) Ran diumumkan lulus peperiksaan akhir ijazah bidang doktor (sebelum induksi). Ironinya, tarikh ni la Wan pergi.. jadi setiap tahun, tak boleh nak rasa gembira sangat la
"the one i really want to be here with me at this moment of happiness is not here anymore.." v_v
Lepas tu Alhamdulillah Ran dah berkerjaya doktor. Mulanya bertugas di HKL untuk houseman lepas tu dipindah ke Sarawak lagi sebagai Medical Officer. Kerja doktor ni tekanan berat, tapi insya-Allah Ran akan menghadapi dengan tabah dan sabar..

Wan nak tau.. Ran dah berkahwin dah. Kahwin pada tahun 2016. Lagi awal dari abang Chik (tu pun sebab Ayah push, kalau tak mesti Ran tunggu Abang Chik dulu..). Isteri Ran ni namanya Farah. Kawan dari sekolah Rawang dulu.. Sayangnya, kalau dulu time sekolah lagi kami bercinta, mesti Ran sempat bawa dia jumpa Wan..
"Wan tau tak Ran teringin sangat kalau Wan dapat jumpa dengan Farah ni. Banyak perkara Farah sama macam wan dulu.. Dia pun suri rumah, rendah diri, peramah orangnya.. Suka sembang banyak. Kalau jumpa Wan, mesti banyak nak sembang. Dan dia suka budak-budak kecil..
  • Farah sangat pandai masak. Semua masakannya sedap. Dia pandai buat Pizza bulat macam Pizza Hut. Kalau Wan sempat jumpa Farah, boleh la Farah ajar buat pizza bulat tu.. 
  • Farah pun pandai de-bone ayam. Kalau Wan sempat jumpa Farah, mesti Wan dah akhirnya berjaya buat resipi chicken chop. 
  • Dan semua masakan Farah sangat sedap, kalau boleh Ran nak sangat Wan merasa masakan Farah ini.. Boleh kongsi-kongsi resepi, Wan boleh ajar menu dan sebaliknya..
Cakap pasal masakan, Wan mesti tau yang Ran tetap paling suka menu lauk daging hitam masakan Wan. Kak yong/ Makdah ada ajar Farah buat menu ni, setiap kali Farah masak, mesti Ran rindu Wan..

Oh ya, kami dah ada anak namanya Zahran lahir pada 3.2.2017, tapi Allah lebih sayangkannya sebab belum cukup umur (umur 24 minggu ).musibah 30.1.2017. Farah dan Ran sedih sangat sebab Zahran dah pergi juga..
"Ran harap Wan dapat berjumpa dengan (cucu) Zahran di sana dulu dan tunggu kami ye.. Harap (cucu) Zahran dapat teman Wan kat sana.. 
"Ran minta maaf sebab jarang sangat melawat pusara Wan, namun, Ran tetap ingatkan Wan dalam doa setiap kali.."
 Ya Allah, aku mohon agar Wan diberi pengampunan dan rahmatMu. Serta pertemukanlah kami semula di akhirat sana. Amiin.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)