Abang Chik kahwin

Entri bersifat retrospektif, peristiwa dah lepas beberapa hari.. ^-^!

1 Julai 2017 - maka berakhirnya penantian Abang Chik setelah 6 bulan 3 minggu sejak event pertunangannya (entri blog ni tunang (lagi)). Maka hari ini adalah hari penting buat abangku iaitu akad nikah dan persandingannya bertempat di dewan Crystal Ballroom, Mines 2

Fokus A - Semua adik-beradik kian membesar
 "Membuatku teringat suatu masa dulu kami semua masih kecil lagi dalam jagaan (arwah) Wan.  Pantasnya masa berlalu. Dah besar dah masing-masing. Walaupun masing-masing mengambil haluan kehidupan tersendiri, alhamdulillah semua masih dapat berkumpul lagi untuk hari penting ni..
Keakraban antara adik-beradik selalunya hanya dapat digambarkan pada zaman kanak-kanak sahaja. Apabila meningkat dewasa, ramai mula mengabaikannya lantaran pelbagai faktor..
[entri siblingship]
 "Semoga hubungan baik ni masih berpanjangan.."
Fokus B - Right hand man & most trustworthy
Entah kenapa awal permulaan hari penting, aku pulak jadi orang tengah (penting?). Kena pergi hotel ambil barang hantaran. Jadi wakil kena berurusan dengan keluarga perempuan untuk atur cara majlis untuk disampaikan kepada keluarga lelaki.
"Jadi mediator pula ^-^! ingatkan nak berwatak diam dan bersahaja. Tapi kena pula buat macam-macam. Tapi takpe la, sebab sayang abang chik, jadi buat je tak berat hati pun.. (entri Abang Chik). Maybe i am also trustworthy to him, too.. 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa-apa pun tahniah Abang Chik sebab dah melangkah ke alam perkahwinan. Maaf tiada gambar kahwin untuk tatapan dalam blog ni. Mohon cari di facebook la ye.. :D

Some other stream of thought
Untuk entri seterusnya, pada kala meraikan hari gembira Abang Chik, tiba-tiba datang trigger baru..
"Kalau Wan ada masa-masa macam ni, mesti Wan berbangga dengan semua.."
"Sayang, mak sayang macam mana orangnya.. Sama tak macam makcik (saudara Wan) yang datang ni tak?" 
to be continued..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)