Rumah Terbuka

(Nota - sedikit retrospektif, berlaku 2 hari lalu.. baru nak tulis sebab penat dan nak travel balik kampung KL ^-^!)
"Bila nak buat open house raya ni?" - tanyaku rawak kepada rakan kerja
"Eh apa pula.. Hazran la kena buat open house, dah kahwin kan? Tahun lepas tak buat pun"
 "Haha.. (Adoi, balas semula nampaknya..). Hm, nanti saya tanya isteri.."
Hm, betul la tu. Aku tak pernah buat open house lagi sejak di tinggal di Sarawak. Bahkan, sejak pemergian arwah Wan, rumah KL memang takde lagi majlis ramah tamah. Yang ada hanyalah makan-makan ketika raya, tapi aku tak rekomen untuk ajak kawan datang berumah.

Sementara itu. rumah sewa di kuching kecil dan sederhana, dikhuatiri tetamu mendatang tidak selesa bertandang ^-^! oh, nanti apa orang kata.. Maka jadilah aku tak pernah menjemput sesiapa datang ke rumah. Tapi untuk tujuan rumah terbuka ni saja-saja la aku bawa ke perbincangan di meja makan..
"Nak buat open house raya ke? Tapi kena habiskan dulu puasa enam.." - balasnya
"Erm, tapi macam mana? Tak pernah buat pun dulu.. Tak ingat mak buat macam mana juga.."
"Ala, takpe. Pasal makanan saya uruskan, jemput la kawan-kawan kerja.." 
Maka tarikh 13 Julai 2017 (khamis) menjadi pilihan ^-^! Tak dapat nak buat weekend sebab pulang ke KL untuk majlis kenduri abang chik kahwin sebelah lelaki pula.. Dan aku ada agenda lain juga ^-^! Ada 3 hari persediaan sebelum hari tersebut.. Yang tidak disangkanya, isteri sukarela untuk menyediakan semua juadah (masak sendiri) untuk hari tersebut.. Antara menu yang dirancang dan telah dilaksanakan;
  • Naso tomato
  • Ayam masak merah
  • Ayam rendang
  • Laksa penang
  • Dalca sayur 
  • Nasi impit & kuah kacang
  • Kek Coklat
  • Air Sirap
  • Buah Tembikai
  • sedikit kuih-muih dan kerepek
Semua dia masak sendiri ^-^! Tidak terkata amazingnya isteri rupanya. (oh ya, menu terpaksa modified 'ayam' sebab ada jemput bangsa lain juga.. serta ada sorang vegeterian juga nak dijemput, tapi akhirnya dia tengah cuti pula tak sempat jemput..)

Sementara itu, aku la yang menjadi ajk logistik dan ajk jemputan. Oleh sebab aku tak pasti sama ada isteri termampu untuk buat masakan berskala besar, maka aku anggarkan jemputan terhad lebih kurang 25 tetamu dulu (untuk kali pertama ni). Jadi jemputan lebih kepada kawan-kawan kerja MO dan jiran sebelah rumah je..

"Alhamdulillah, ada juga la yang sudi hadir ke teratak biasa kami ^-^! terima kasih atas kesudian hadir ke rumah terbuka ni.."

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berkenalan dengan jiran sebelah rumah walaupun tak lama. (sebelum ni hanya bertegur sapa dengan jiran sekadar terserempak keluar rumah.. terkadang timbul pelbagai prasangka pula..)

Insya-allah, peristiwa ni membuka kepada pelbagai lagi kemungkinan untuk peristiwa akan datang..


Some other stream of thought
  • Perbelanjaan untuk open house ni atas persetujuan bersama adalah ditanggung bawah akaun makan terkumpul. Alhamdullah ada sedikit lebih budget dari lebihan perbelanjaan bulan-bulan terdahulu.. (jumlah perbelanjaan bahan baru: RM284.40)
  • Oh ya, dahulu kala buat open house pun atas inisiatif Wan juga untuk anjurkan open house.. (on the way establishing 'about mom' entry)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)