Waran Udara

Maaflah kalau berharapan entri tajuk besar dari entri yang lalu ^-^! perlukan masa tambahan nak imbau masa silam, lagipula baru lepas travel pulang ke Sarawak tamat beraya di kampung..

Perjalanan musim raya ni kalau tak rancang betul-betul boleh memakan perbelanjaan yang banyak. Namun, alhamdulillah adanya keistimewaan waran udara bagi penjawat awam yang bertugas di luar wilayah asal (seberang laut sana)

Waran udara ini adalah satu keistimewaan, yang mana setahun sekali penjawat awam boleh memohon untuk tambang perjalanan pulang melawat wilayah asal. Biasanya aku simpan untuk digunakan pada waktu puncak, terutamanya musim raya (sebab tiket kapal terbang menjadi mahal, tambah lagi aku perlu menanggung untuk isteri juga..)
"Eh, Syed! Waran udara kau ambil flight mana? Air Asia ke Malaysia Airlines? Alang-alang dapat free waran tiket, naiklah MAS <-- promosi MAS nampaknya..
Fokus - AirAsia vs MAS (situasi bantuan tambang ^-^!)
Secara umumnya, ramai orang tahu; AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang kos rendah. Selalunya ramai jadi mampu untuk terbang sejak penubuhan syarikat ni. Dengan kos tambang yang minima, maka kebanyakan perkhidmatan adalah terhad:
  • Bagasi dikenakan caj tambahan (pada kadar yang tertentu)
  • Tiada hidangan ketika penerbangan. (boleh tempah jika mahu tapi berbayar lebih)
  • Kemudahan jejambat (masuk kapal terbang) juga tidak disediakan
Berbanding dengan MAS serta syarikat penerbangan yang lain, yang mana kemudahan yang diberikan adalah berkadar standard pada setiap penumpang.

Namun, dalam situasi bantuan tambang ada sedikit berbeza. Di luar dugaan aku, keistimewaan waran tiket ini rupanya turut disertai dengan perkhidmatan berikut:
Nah, set hidangan dalam flight
  • Express Boarding / HotSeat (iaitu prioriti diberikan untuk masuk dalam kapal terbang dulu duduk berbanding penumpang lain)
  • Bagasi 40kg untuk seorang penumpang (mahal bayar kalau beli sendiri ni)
  • Set Hidangan makanan dalam flight <-- berbeza dengan tempahan biasa, hidangan ni datang dalam set lengkap (masakan panas + air kotak, kitkat, kacang, air mineral, air kopi & teh). Memang terkejut aku masa dapat ni ^-^
  • Dapat BigPoints dalam jumlah besar <-- ni adalah program setia yang dianjurkan oleh AirAsia. Kumpul mata dan tebus penerbangan percuma bila cukup nilai tertentu
Maka sejak itu, aku memang prefer untuk memilih AirAsia dalam situasi 'bantuan tambang' ni ^-^
"Oh ya, dalam situasi biasa. Satu kelebihan AirAsia ialah terdapat kepelbagaian menu makanan dalam penerbangan (walaupu bayar sendiri). Jadi boleh bertukar angin (menu) kalau dah selalu naik kapal terbang (tanpa rasa jemu)..."
Jadi mesej-bawa-pulang untuk entri kali ni ialah
  • Bagi penjawat awam yang memohon bantuan tambang pulang, bolehlah pertimbangkan AirAsia :P 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)