Suri Rumah
"Takpe ke saya kerja suri rumah je ni?" - tanya isteriDah setahun lebih dah sejak kami berkahwin. Isteri dahulunya seorang quality control dalam sebuah syarikat kimia (swasta) tempatan. Pada saat-saat berkahwin, isteri telah mengemukakan pertanyaan..
"Kalau saya nak jadi suri rumah je lepas kahwin ni boleh tak?" - tanya isteriDah setahun lebih sejak itu, memang isteri mengikut aku tinggal di Sarawak disebabkan kerjaya aku di sana. Sepanjang aku bekerja, memang isteri hanya tinggal di rumah. Menjadi tanda tanya dan misteri bagi semua orang (termasuk aku juga) tentang apa aktiviti hariannya di rumah seketika aku bekerja.
Tapi soalan paling kerap yang akan/ bakal ditanya oleh ramai ialah
"Takpe ke isteri hanya suri rumah je? "Fokus - Suri rumah
Ada beberapa isi (point) yang aku bersetuju agar isteri hanya jadi suri rumah sahaja...
- (Isi biasa) tugas suri rumah untuk menguruskan hal-ehwal di rumah seperti kemas rumah, masak, uruskan pakaian dan lain-lain.
"Mungkin ada yang cuba berdebat bahawa suami tidak boleh terlalu bergantung kepada isteri lantaran sebenarnya tugas tersebut tidak termasuk tanggungjawab isteri (secara idealnya)
- Aku perlukan seseorang yang fleksibel sebagai wakil untuk uruskan sesuatu. Misalnya ketika kerja, tiba-tiba ada urusan lain di rumah. Maka boleh minta isteri tolong uruskan ^-^! Dalam jangka masa panjang, pada suatu masa nanti kalau anak jatuh sakit, paling kurang aku ada si ibu yang sentiasa mendampingi
- Senang nak merancang percutian / kembara ke mana-mana
---------------------
"Boleh, tapi saya kena pantau dulu perbelanjaan kita berdua lepas berkahwin. Harapnya awak (isteri) tak meminta berlebihan dari kemampuan saya.."Sejak berkahwin, terdapat perubahan besar dalam perbelanjaan, sebabnya suami perlu memberi nafkah kepada isteri. Lagipula, kalau isteri itu merupakan seorang suri rumah. Maka akulah yang menjadi pencari pendapatan keluarga (breadwinner) utama.
Alhamdulillah, aku dah biasa bersederhana dalam perbelanjaan harian (entri #pengurusan kewangan, #belanja sakan?!, #dua pun memadai, #compensatory mechanism), tapi impak berkahwin ni aku kena ulangkaji semula perbelanjaan. Ye la, dah tanggung dua orang maka kesan perbelanjaan yang ketara:
- Makanan - pasti la makan kena tanggung dua orang kali ni. Aku jangka lebih kurang RM15/sehari x 2 orang. Alhamdulillah isteri pandai memasak. Maka aku selalu balik rumah untuk kurangkan kos
- Pengangkutan : paling ketara bila nak tempah tiket balik kampung (KL vs Penang). Juga aku perlu menanggung minyak kereta bulanan
- Nafkah dan lain-lain perbelanjaan..
"Tapi tentulah, hasil jualan ni masuk poket isteri ^-^! terpulanglah padanya kalau dia nak buat apa.."-------------------
Other stream of thought
"Maka dengan itu, isteri saya bukan suri rumah, tapi dia 'home baker'.. Saya bangga dengannya"
Ulasan