Supportive

"Tak suka betul aku dengan si P tu.. Dah sebulan kat wad lain takkan la satu apa pun tak tau lagi.. " 
"si P tu pentingkan diri sendiri betul la.. Asyik buat kerja sendiri je, bukannya nak tolong orang lain..dah tu orang lain pula kena cover untuk dia.." 
"aih, kerja sorang-sorang ke doktor?? mana kawan (si P) tu? Missing in action ke??
Demikianlah antara tohmahan terhadap seorang kawan sekerja aku ni.   Eh kejap, siapa si P ni??
 "si P ni adalah houseman first poster, tapi dah melalui posting medical ni setidaknya 2 bulan pengalaman berbanding dengan aku. Dari pemerhatian aku, dia seorang yang masih blur, low self-esteem tapi mementingkan diri sendiri sikit. Dan ditakdirkan aku bekerja shift berdua je dengannya sepanjang bekerja di wad perubatan SW26 sejak posting kali ni.. ^-^! Aiseh, struggle la juga aku menghadapi hari-hari oncall bersamanya, banyak tugasan aku kena cover untuknya juga.."
  • masa on call, dia lebih banyak masa tidur (*tiap kali ada isu, aku jugak jadi rujukan awal berbanding dia)
  • aku lebih kena amik passover tugas berat serta cover banyak cubicle..
  • banyak prosedur dia masih perlukan bimbingan.. 
Secara umumnya, aku tidak la nak menaruh / menyimpan rasa tak puas hati terhadapnya dengan andaian first poster memang begitu.. Teringat aku saat-saat aku posting pertama O&G dulu, banyak kali juga aku menghadapi isu-isu genting.. alhamdulillah aku survive sampai sekarang hasil tunjuk ajar ramai.. Jadi melihatkan kawan yang seorang ni buat aku rasa lebih kepada simpati walaupun aku turut terbeban sikit..
One bad coordination.. v_v 
It's all me to take the blame..
Hm, something has to be done to improve..  - Status facebook bertarikh 18 September 2013
Jadi peribadi aku yang pasif ni juga turut memberi masalah sebab aku hanya membiarkannya bebas buat kerja sendiri (simpati la kononnya).. Jadi banyak kali, aku dipersalahkan ^-^! 
"Jadi lepas ni kena rancang baik-baik, kenalpasti kebolehan dan kekurangan kawan-kawan sekerja..." --> apabila maksud nama Syed activate! (rujuk entri maksud nama)
Some other stream of thought
persoalan dalam episod 77
Kind and soft hearted like always.. ^-^! Wish it Never changes over time.. - Status facebook bertarikh 28 September 2013
Di sebalik ketidakpuasan hati yang mungkin timbul, entah mengapa, perasaan simpati akan membatalkan perasaan negatif tersebut. Kesannya, aku akan didapati bersifat supportive dan berusaha membantu orang lain.. Contoh yang sama boleh dilihat ketika di bangku sekolah / universiti dulu, aku tak nak memperlekehkan kawan-kawan aku sebaliknya cuba untuk membantu mereka pada saat diperlukan.. 

aku setuju dengan ulasan tersebut.. ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)