Berseorangan

(nota - entri ni mungkin berkaitan dengan entri alone)

Baru-baru ni aku bertugas menjaga kubikal subacute (nota - walaupun masih tagging ^-^! huhu, takpe la.. Anggap je nak menyumbang kepada masyarakat..).
I have a patient here: 73 years old grandpa with history of Right MCA infarct (aka stroke) with Left Hemiparesis.. Admitted to HKL ward due to uro-sepsis.. Well, he has been living alone for quite a long time, no relative, single, no one is taking care of him.. good thing there are some NGO nursing care centre is willing to nurse him..
 Ha?? Apa dia aku tulis ni? Versi terjemahan (ke dalam bahasa tempatan yang umum)
Aku ada seorang pesakit ni: Atok 73 tahun yang ada sejarah sakit strok (sekarang ni masih lumpuh separuh badan la). Masuk wad HKL kerana urosepsis (jangkitan kuman pada sistem perkumuhan kencing, yang dah merebak melalui salur darah ke seluruh badan).. Atok ni hidup berseorangan untuk jangka masa yang lama.. tiada saudara, bujang, tiada yang menjaga keperluannya.. Nasib baik la adanya Pertubuhan bukan kerajaan yang sudi untuk menjaga atok ni..
Kesian aku tengok atok ni.. Dah la sakit, takde orang jaga pula tu.. entahnya mungkin takde siapa nak care langsung pasal kehidupan dia.. Tentunya dia sedih berseorangan begini..

Fokus - Berseorangan
Demikianlah keadaannya. Melihatkan keadaannya buat aku terfikir, tentu pada masa mudanya Atok ni macam diri aku (adanya ahli keluarga dan kawan-kawan dalam kehidupan seharian untuk berkongsi apa jua perkara sekali pun). Tapi meningkat dewasa, ada yang ditakdirkan telah pergi (meninggal) dulu sementara yang lain mungkin telah mempunyai komitmen sendiri (kahwin, kerja dll) maka sekali lagi, kita akan berseorangan pada kemudian hari. Tambah-tambah apabila kita ni bermasalah seperti adanya penyakit kronik (eg. strok atau apa-apa saja penyakit yang sentiasa perlukan bantuan orang lain secara berpanjangan)..
"Macam ni ke pengakhirannya?? Pada hari tua ditinggalkan berseorangan.. meninggal dunia berseorangan.. tak ada siapa pun yang ambil kisah.. Satu pengakiran yang sayu kalau dibayangkan.."
Buatku teringat akan satu gambaran bahawa pada hari akhirat kelak setiap jiwa akan sibuk memikirkan diri masing-masing; suami akan lupakan isteri, ibu akan lupakan anak, kawan lupa sesama mereka (nota - aku tak pasti sama ada ini adalah hadith ataupun tak.. Nanti kalau dah jumpa balik aku kemaskinikan entri ni ye.. ^-^! maaf, maaf..) - entri gambaran hari akhirat
"Naifnya aku berharapan hubungan kekeluargaan / persahabatan sentiasa berkekalan walaupun meningkat usia.. Tapi siapa tahu, bila-bila mana-mana siapa-siapa je boleh pergi dulu dari hidup kita.. Might as well good to start appreciate people around us who cares a lot.."
 Bila bercakap tentang topik ni, aku juga ingin berkongsikan satu lagu kegemaran aku ^-^ kali ni bukan genre nasyid tapi mengemukakan idea dan persoalan yang sama.. Jom dengarkan:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)