Insurans

Menempuh alam pekerjaan ni, aku mula didedahkan kepada skim perlindungan insurans yang melibatkan hal keselamatan dan kesihatan. Banyaknya agen insurans datang menemu-bual dan membuat promosi insurans, kebanyakannya melalui panggilan telefon (^-^! mana la agaknya mereka dapat nombor aku ni agaknya..)
"Berdasarkan sifat aku yang assertif ni, banyak kali aku makan umpan promosi mereka ni lalu dengar juga la penerangan mereka.." (entri pasif, assertif, aggresif)
Kemudiannya aku difahamkan bahawa skim perlindungan ni mempunyai manfaat yang terbahagi kepada tiga, iaitu (nota - aku hanya ringkaskan mengikut pemahaman sendiri je, penjelasan muktamad perlu dirujuk kepada ahli insurans) :
  • Wang Pampasan - sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan jiwa atau kecacatan, skim insurans akan menawarkan sejumlah wang pampasan
  • Hospital - Perbelanjaan rawatan di hospital akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans.
  • Simpanan - sebahagian dari kuantiti yang disalurkan itu adalah berbentuk rebat, iaitu pada suatu masa nanti pemegang polisi boleh mendapatkannya semula (namun selalunya wang simpanan tersebut digunakan untuk meneruskan polisi insurans tanpa membebankan perbelanjaan semasa)
Demikianlah tiga manfaat tersebut. Jadi bagi yang dah ambil insurans, apa agaknya matlamat masing-masing?? Bagi aku, aku lebih kepada manfaat kedua, iaitu bila mana aku terpaksa masuk hospital atas masalah kesihatan, insya-Allah aku berharap adanya bantuan terhadap perbelanjaan hospital yang mahal-mahal sekarang ni..

Some other stream of thought

Ketika mana aku berusaha mencari nasihat untuk ambil insurans ni, aku sampai kepada klip video ustaz azhar idrus. Mari aku kongsikan dalam ni..



Setakat ni, aku perhatikan kebanyakan pendapat lebih kepada Wang Pampasan, seperti mana shout yang pernah ditulis oleh seorang sahabat aku ni
"10% gaji aku akan dipotong tiap2 bulan utk bayar insuran..bnyk tu..bukan sebab nak duduk hospital swasta kelas pertama pun..tapi yang aku fikirkan mana la tau aku "pergi" dulu sebelum mak abah aku..at least ada gak harta sikit untuk diorang.. xda la dah tua2 kena kerja kuat lagi.." - F
Niatnya memang baik. Demikian juga isi ni sering digunakan dalam promosi insurans..
"Kalau you dah meninggal nanti, tak sedih ke isteri atau anak-anak you dalam susah nanti (takde duit nak sara hidup). Ni la caranya nak tolong mereka.."
Tapi sejak dengar ulasan ustaz Azhar ni (pada 45 saat akhir klip video) , aku dah sedar tak patutnya ada pemikiran sedemikian.
"Astagfirullah~ namun, apakah pemikiran yang sepatutnya ada?"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)