Child at heart

isi tersirat di sebalik gambaran watak berdua ni ialah...
Saja-saja ingin aku kongsikan lukisan ni. Aku rasa ramai cuba mentafsirkan lukisan tersebut sebagai..
  • Yang kiri gambar merujuk kepada diri sendiri (aku la tu) memandangkan banyak lukisan-lukisan aku terdahulu melakarkan diri sedemikian rupanya
  • Namun, siapa pula budak di sebelah tu?? Adik angkat? Kawan baik?? Yang pasti watak itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan harian Syed (aku) ni, sehinggakan dilukis bersama.. tapi siapa agaknya..?
Maka inilah penjelasan aku. Gambar budak yang seringkali disertakan dalam sketch komik aku ni adalah diriku pada masa silam, masa budak-budak dulu..

Aku dapati meningkat dewasa ni, kita digambarkan semakin berfikiran matang dan lebih baik berbanding dengan masa muda dahulukala. Pada satu tahap, aku memang bersetuju dengan pendapat tersebut. Namun, semakin meningkat dewasa ni aku semakin sedar akan hakikat dunia ni.. Semuanya bukanlah seindah sangkaan. Pergaduhan, pembunuhan , peperangan, gejala sosial.. pendek kata, semua kes-kes yang wujud di media akhbar dan tv adalah berpunca daripada nilai kedewasaan yang disangkakan lebih baik itu. Tak terkecuali juga, bagi sebilangan pihak sanggup menggunakan taktik penipuan semata-mata untuk mengaut kepentingan diri (misalnya dalam hal politik sesuatu organisasi, juga terdapat ketidak adilan..)

Jadi melihatkan hakikat sedemikian membuatkan aku tawar hati dengan dunia ni. Tanpa disedari, aku juga turut berubah seiring dengan realiti ni.. Wujudnya rasa prejudis terhadap segala kemungkinan tidak baik, teragak-agak dan macam-macam lagi..

Banyak kali aku berasa diriku pada masa silam adalah lebih baik.. Sifat suci dan naif, sentiasakan mahu percayakan yang baik-baik pada dunia.. Sanggup membantu mereka yang memerlukan tanpa menindas siapa-siapa..
Growing up had made me forget all the naivete and good thing that one should look forward to.. after gone through all the hardship and despair while growing up, i wanted to believe that there is part of that naivete within me..
"There is a CHILD inside each one of us in our life.." -Quote ni aku pinjam dari facebook seorang sahabat -HM- (entah tak pasti ia original atau pinjaman dari mana-mana sumber)
Some other stream of thought
  • Walaupun kita banyak kali jatuh, namun yang pentingnya kita perlu bangun dan terus belajar agar dapat memperbaik kehidupan kita ni. Sama la seperti si kecil ni, banyak kali jatuh ketika cuba berjalan (note - bagi si kecil yang tak pernah berjalan, berjalan ni adalah satu cabaran buatnya)namun tetap ingin supaya berjalan seperti orang dewasa.." (kalau tak suka contoh berjalan, kita boleh ubah kepada contoh lain eg. bercakap, naik basikal dll)  - entri jangan kalah kepada si kecil
  • .. berkawan dengan generasi muda mungkin boleh mengingatkan aku semula tentang nilai-nilai baik dalam kehidupan. Naif, adil, berani, rajin dll... semua nilai tersebut biasanya dipelajari dan terus diamalkan oleh mereka tanpa bias.. mungkin, aku sangat perlukan peringatan sebegini agar tak hilangnya harapan terhadap dunia ^-^! - entri adik angkat
  • Sementara itu, ada sebilangan kawan mentafsirkan diriku sebagai child-like.. Aku tak pasti sama ada mereka merujuk kepada pemikiran sebegini atau mcm mana.. ^-^!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)