Istikharah

Hm, entri kali ni turut memuatkan kartun karya MuslimShow's. Jom ikuti komik ringkas tersebut..


Serta disisipkan juga Firman Allah dalam kitabNya:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (surah Al-Baqarah 2:45)
Juga terdapat satu hadith sokongan tentang istikharah seperti berikut; (aku jumpa lalu copy paste dari laman berikut --> blog rujukan ^-^! banyak lagi sumber lain yang boleh dirujuk) 

 Rasulullah bermaksud: “Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu. Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat Bukhari)
Fokus - istikharah
Bila sebut tentang istikharah, ramai akan memberi ulasan ia berkait rapat dengan solat sunat untuk memohon petunjuk ketika ragu-ragu membuat pilihan.
..Dalam hidup ni, pastinya kita akan menghadapi aneka situasi yang melibatkan membuat pilihan, dari perkara yang kecil (seperti pilih sama ada nak balik rumah terus selepas sekolah atau hang around dulu di mana-mana) hingga la perkara sebesar-besar (seperti pekerjaan, jodoh, tawaran / promosi dll). Bagi aku sendiri, aku memang susah sangat nak buat keputusan walaupun perkara kecil je. - entri decisions, decisions..
Jadi berdasarkan hakikat tersebut, tak dapat dinafikan lagi betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai manusia dalam membuat keputusan, maka memang perlunya kepada Tuhan Maha Pencipta akan sedikit hint, sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri..

Jom studi sikit mcm mana nak lakukan solat ni.. (juga sekadar copy paste --> blog rujukan 2, namun isinya sama je kot.. hmm~) Ringkasnya, solat sunat 2 rakaat ni dilakukan sesuai dilakukan awal pagi / lewat malam;
  • Niatkan solat sunat istikharah
  • Rakaat pertama - surah al-kafiruun
  • Rakaat kedua - surah al-ikhlas
  • Doa (seperti hadith)  
Sebaiknya cuba dapatkan sebuah buku panduan solat+doa seperti sisipan cover buku ni. Mudah sikit (solat dengan buku kat tepi --> habis solat buka buku dan baca doa tersebut.. )
"Semoga Allah sentiasa memberi hidayah (petunjuk) kepada kita dalam setiap pilihan kita.." 
------------------------------------------<section closed>-------------------------------------------------

Antara siri Nasihat yang lain boleh didapati dalam laman (page) blog --> Nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)