HO Arc! Episod 7

Story so far, kupo~
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5 : kisah di posting O&G
Episod 6 : tagging surgery 7 hari..

Dah habis tagging maka bermulanya tugas rasmi..

Episod 7 - wad bedah lelaki (1 Mei - 4 July 2013)
Dah habis offtag, maka bertugas di wad SW12 selama 2 bulan. Oh ya, waktu bekerja di posting ni pun 12jam iaitu 7am-7pm dan sebaliknya. Aku mengalami culture shock skit, sebab suasananya sangat berbeza berbanding dengan O&G. Para pakar bedah menjangkakan aku menghafal semua maklumat tentang pesakit tanpa perlu selak-selak case note. Banyak kali dah aku kena sound sebab tak perform elok dengan suasana baru ni.. Namun, alhamdulillah dapat juga mengharungi hari-hari posting ni..
"Dalam bidang pembedahan, Hospital Kuala Lumpur dikhususkan untuk menguruskan semua kes berkaitan vascular system. Sementara diperihalkan Hospital Selayang pula ada pengkhususan Hepatobiliary (berkaitan sistem hati dan hempedu). Jadi pentingnya untuk HO mengenali kes-kes berkaitan vascular ketika menjalani latihan di sini.. ^-^!"
Umumnya, bekerja di jabatan surgery ni ada banyak tempat attachment (ada giliran petempatan): Clinic / SOPD, Wad, Bilik prosedur (scope), Operation Theater (assist elective operation), Minor OT. Posting kali ni lebih tenang dan aman skiti berbanding dengan posting lalu, iaitu HO hanya bertugas untuk pesakit jagaan masing-masing..
"Antara faktor kurang menarik dalam posting ni, para rakan sekerja HO lebih bertindak untuk selamatkan diri sendiri. Maka kurangnya tolong-menolong secara sukarela apabila melibatkan satu isu.. (maksudnya walaupun kubikal jagaannya sangat tenang dan aman, dia langsung tak endah untuk tolong kawan-kawan lain..) tak bestnya perangai macam ni.."
Oh ya, wad ni ada masa aktif dan pasif. Pada masa pasif, kalau oncall perlunya cover ward kelas satu serta burn unit..
  • Kemuncak episod ni adalah ketika aku menghadapi assesment pertama dengan supervisor Mr. N. Diperiksanya logbook aku, sebab banyak kekosongan maka kena brainwash habis-habisan dulu.. Namun, akhirnya dia tetap tandatangan dan benarkan aku bertukar wad (assesment tetap berjalan seperti biasa)..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)