HO Arc! Episod 6

HO arc, story so far..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5 : kisah di posting O&G

Episod 6 - Tagging Surgery (25 April - 1 Mei 2013)
2nd posting ni, tagging hanya 7 hari je (berbanding 10 hari bagi posting first timer). Selalunya tagging ni bermula 7pagi sampai 10 malam berturut-turut tanpa cuti rehat. Namun, tagging di Surgery ni bestnya hanya 7pagi-2petang untuk hari Selasa, Khamis dan Hari Minggu (sabtu dan ahad). selain dari itu, macam selalu je.. Dan tak ada offtag assessment pun ^-^! best pulak..
"Tapi apa la yg aku buat sepanjang tagging ni?? Banyak main-main je.."
Dari pemerhatian aku setakat tagging ni, kerja di jabatan surgery ni lebih relax sikit jika nak dibandingkan dengan masa O&G yang lalu. Seorang HO berkemungkinan bertugas jaga 1-3 orang pesakit je, namun HO dijangka agar hafal semua maklumat pesakit serta update terbaru plan mereka (maksudnya tak boleh flip-flip case note lagi ketika present case)..
"Memang aku dah kena ketika tagging hari kelima, dengan head of department pulak tu.. Walaupun aku sekadar tagging, tapi memang tak beri muka langsung.. Oh well~ setidaknya ini satu pengalaman.."  
Habis je 7 hari tagging secara automatiknya aku off-tag tanpa assessment. Maka lepas ni aku masuk jadual pula..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)