HO Arc! episod 1

Entri ni adalah sekadar diari, merekodkan semua pengalaman dan luahan ketika mengharungi dunia kerjaya sebagai house officer (HO). HO arc, start!

Prologue - induksi di Melaka (18 - 21 Disember 2012)
seperti mana diringkaskan dalam entri sepanjang kursus induksi

Episod 1 - tagging posting O&G (24 Disember 2012 - 12 Januari 2013)
(*juga ada diperihalkan dalam entri tagging dan bad hair day)

Tagging selama 19 hari! Lokasi utama tagging ialah di labour room.
"Memang menguji kekuatan mental juga; yang mana perlunya tagging dari 7pagi sampai 10malam tanpa cuti rehat.. Maknanya aku bekerja terus dalam 19 hari tanpa rehat.. v_v alhamdulillah tak jatuh sakit.." 
 HO dibahagikan kepada 4 kumpulan, aku dapat kumpulan C. Untuk tagging posting ni, perlu disiapkan beberapa prosedur. Antara memori yang sesekali ni aku perlu stay back di hospital semata-mata untuk siapkan tagging logbook. Tapi akhirnya takde perkembangan yang baik pula..
Kemudiannya bila dah siap kena assessment dengan MO kumpulan masing-masing pula.. Aku dapat dengan Dr Asniza..
  • Antara event yang berlaku ketika hari assessment aku tu, ketika aku nak pergi menemui MO tersebut datang ke wad NW15.. didapati dia tengah buat round sambil marah-marah HO in charge wad tersebut. Terus kecut perut aku >_<! lepas habis round aku akhirnya tetap approach, namun dia mintak delay 2-3 jam kemudian untuk cool down dulu.. ^-^! aku berharap masa soal jawab nanti dia dah kembali ok..
"after 3 hour tough fight, finally tagging ends here ^-^ alhamdulillah.. take a day off.. to be continued~ next episode: the beginning of hO life.." status facebook 12 Januari 2013
Bila dah offtag, maka bermulanya tugas rasmi kerjayaku.. next HO Arc! episod 2

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)