HO Arc! Episod 3

Ringkasan yang lalu..
Prologue - induksi seminggu di Melaka
Episod 1 - tagging O&G selama 19 hari berterusan lamanya..
Episod 2 - offtag, mula bekerja di NW15..

Episod 3 - kembali ke labour room (28 Januari - 5 Mac 2013)
Bulan ni adalah bertempat ni labour room juga mencakupi HDW (high dependency ward) untuk pesakit berisiko tinggi. Tapi sepanjang aku jaga sini aku tak ditempatkan lagi HDW.. Mungkin sebab aku masih mentah lagi baru di posting ni..
"Dari gynae ward ke labour room >_<i ho arc: episode *4 start! "tp Siapa la jonah first day ni.." status facebook 28 Januari 2013 (penomboran diselaraskan semula, iaitu episod *4 --> episod 3 entri ni kerana babak induksi dianggap sebagai prolog sebelum bertugas)
Well, di labour room tentulah mengendalikan kes ibu bersalin pada peringkat klimaks, iaitu proses melahirkan anak itu sendiri. Yang bestnya management plan untuk pesakit pada peringkat ni sangat tipikal. Siapa-siapa pesakit yang masuk sekali pun secara ringkasnya plannya ialah:
  • Plot partogram
  • VE on strong contraction / 4 hourly
  • Offer analgesic (enthonox, pethidine, epidural)
  • CTG monitoring 
  • to assess patient again after ... hour (ni bergantung pada bukaan os)
Antara pengalaman/ luahan yang menarik ketika posting ni ialah:
"Memang tak dapat dinafikan lagi betapa benarnya dalil naqli yang disebutkan itu. Ketika bekerja di hospital bersalin baru ni, berkali-kali aku diingatkan betapa susah payahnya para ibu mengandungkan anak. Apatah lagi ketika active phase of labour, kerap sangat aku mendengar ibu-ibu ni mengerang kesakitan ketika bersalin.
Aku difahamkan perasaan sakit ketika bersalin ini adalah antara rasa sakit yang teramat sangat jika nak dibandingkan dengan semua jenis kesakitan di dunia ni. Dan hanya golongan ibu sahaja yang akan menanggung rasa sakit ni" - sneak peak entri dari O&G
Menjelang bulan Mac, bertukar tempat lagi. Kali ni masuk wad materniti pula.. HO Arc! Episod 4

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)