Menyimpan wang

Hari ni postcall (maksudnya oncall pada semalam harinya dan berpeluang balik awal) , sejak sekian lama akhirnya dapat juga terluang pada hari weekday.. Maka inilah peluangku untuk membuat urusan persendirian..

Kali ni aku pergi ke Bank Tabung Haji, sekadar menguruskan simpanan bulanan sebahagian dari wang gaji aku (nota - aku mengagihkan wang gaji bulanan berdasarkan pengurusan kewangan, jadi tentunya tiap-tiap bulan ada bahagian untuk bank Tabung Haji). Dah lebih 2 bulan tak terurus sebab sibuk sangat bekerja..

kalau ikutkan ni la akaun pertama aku
Tatkala menunggu giliran berurusan, aku terlihat akan sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka (lingkungan 5-7 tahun rasanya) sedang berurusan di kaunter.. Pegawai bank sedang mengira sejumlah syiling yang disimpan oleh si anak setelah sekian lama..
"Comelnya tabung beruang pink budak tu.. Agaknya nak buka akaun baru kot" 
Tengok kanak-kanak ni, sangat teruja buka buku akaun bank dengan hasil simpanan tabungnya ^-^ kecik2 lagi dah diajar menabung.. Bagusnya~ - status facebook bertarikh 27.12.13

Nostalgia pula~

---------------------------------------------Imbas kembali-------------------------------------------------

Teringat aku pada masa dulu, (arwah) Wan juga ada tolong bukakan akaun simpanan Tabung Haji juga ketika aku darjah 5 dulu - tapi sayangnya wang simpanan permulaan pada tu adalah pemberian arwah sendiri (bukannya hasil tabung aku sendiri). Walhalnya, aku tak ingat pun diajar untuk menabung pada masa dulu.. Setakat wang belanja sekolah yang berbaki biasanya akan dibelanjakan di rumah pula (beli aiskrim dan sebagainya).. Sementara wang pemberian Ayah untuk beli barang misalnya, apabila berbaki aku selalu pulangkan kembali semuanya..

Memory-0 (2018) aku muatkan kisah ni dalam kepingan A, siap~ 
Bila dah naik sekolah menengah (aku masuk asrama) barulah timbul inisiatif untuk mula menabung dan menguruskan kewangan sendiri. Tu pun hasil dorongan pihak asrama dan kerjasama (arwah) Wan untuk buka akaun bank rasmi aku sendiri:
Kisahnya bermula apabila Ayah terlebih bayar yuran sekolah - yang mana ayah bayar untuk setahun langsung padahal nilai yang perlu dibayar adalah untuk satu penggal je (ni penggal kedua 2002). Jadi pihak asrama pulangkan semula baki dalam bentuk cek dan minta aku simpan je dalam akaun sendiri.. Lepas bincang dengan (arwah) Wan maka secara rasminya aku buka akaun bank sendiri ^-^ jadi aku pun mula la kira-kira dan menabung sendiri..
"..aku masih rindukan saat-saat lama, ketika diri begitu excited nak hantar tabung ke bank untuk dikirakan lalu disimpan dalam bank.. " - entri duit syiling
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh ya, aku tahu ada satu animasi Malaysia berkenaan menabung ni - Upin & Ipin musim 6 (2012) - episod cari dan simpan. <-- klik sini (aku dah letak hyperlink) untuk saksikan dan ambil pengajaran jika berkelapangan..
Episod ni mempersoalkan kepentingan mendapatkan duit melalui usaha sendiri (iaitu bekerja dan mengambil upah dan bukannya melalui pinjaman atau cara lain).. serta menggalakkan kita agar berjimat cermat dalam menguruskan wang simpanan sendiri.. ^-^!
Some other stream of thought
Mungkin ramai akan membahaskan, "kenapa bersusah payah nak beratur di kaunter sedangkan teknologi memberi kemudahan perbankan internet dan juga ATM (link pada pelbagai bank).." maka jawapan aku lebih kepada nilai sentimental ^-^! Malah, perasaan ketika melihat buku akaun dikemas kini buatkan rasa teruja.. (eg. Banyak juga yang aku dah simpan rupanya.. ^-^!)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)