Jalan Menuju Hafaz
Nota kemaskini
5.9.2020 - disuaikan ikut format templat yang baru
---- [BLOG MULA DI SINI] ----
Saja aku bertegur sapa dengan seorang sahabat matrikulasi dulu, melalui Facebooknya dia sedang berkongsi terjemahan Al-Quran satu hari satu ayat (Aku sangat menyokong usahanya sudah melangkau bulan ramadhan ^-^) dan surah pilihannya Surah Al-Waqi'ah (bukan surah kategori panjang contoh Al-Baqarah, dan bukan juga kategori surah lazim juzuk 30) jadi aku sangka, dia sedang menghafaz ayat surah tersebut. Tapi sangkaanku meleset sebab dia menafikan..Sebab apa aku sangkanya begitu? --> Jom baca lagi kenapa..Tiba-tiba dia minta tips untuk hafaz Al-Qur'an. Maka tergeraklah hati aku untuk berkongsi tips sedikit sebanyak..
Pertamanya aku kena akui, aku belum menghafaz Al-Quran lagi. Tapi sasaran aku 1 tahun 1 juzuk. Jadi dalam umur 60 tahun (30 tahun dari sekarang), insyaAllah aku cuba hafaz. Doakan aku ya semua..
Salah satu Azam Tahun 2019 ini ialah menghafaz juzuk amma' (juz 30) dan kalau sempat sambung juz 29 pula. Alhamdulillah, berkat ramadhan aku dah berjaya hafaz juz 30 [rujuk penulisan Modul Ramadhan Juzuk Amma' (Akhir)] . Jadi mungkin sebab tu kot dia tanya tips..Fokus - Tips hafaz al-Qur'an
Jadi tentang tips ni, aku pun baca-baca di media internet sebenarnya. Ringkasan dari sumber Fadhlik.com - Tips Hafazan Al-Quran 12 Rahsia Mereka Berjaya Hafaz Sempurna
- Niat Ikhlas kerana Allah
- Keinginan (azam) kena kuat
- Disiplin diri yang tinggi
- Berguru dalam hafazan
- Meninggalkan dosa
- Menundukkan pandangan
- Mengulang hafazan 3-5 juzuk sehari
- Doa oleh sendiri, ibu bapa, guru
- Beriman dengan yakin
- Memilih sahabat yang soleh
- Lazimi istighfar
- Teknik menghafaz yang betul
- Baca ayat yang ingin dihafaz sebanyak 5 kali (dengan melihat ayat tersebut agar terjaga 'tajwid'nya)
- Ulangi ayat yang sama sebanyak 5 kali (tanpa melihat ayat tersebut)
- Baca ayat seterusnya (ayat kedua) sebanyak 5 kali (dengan melihat)
- Ulangi ayat (yang kedua) sebanyak 5 kali (tanpa melihat)
- Baca semula gabungan ayat pertama & kedua (tanpa melihat) sebanyak 5 kali..
- Ulang langkah untuk ayat berikutnya.
سکارڠ اين کيت کنا حفظ لبيه باءيق لاݢي (تق ماچم زمان بودق٢ دولو حفظ سچارا "بوتا مقصود") ، ده ديواس اين کالاو بوليه فهم مقصود کتيک مڠحفظ سکالي ݢوس
- Fahamkan dulu maksud ayat yang ingin dihafaz itu (ayat tentang apa), supaya menjadi kata kunci/petunjuk penting dalam usaha menghafaz..
- Lebih baik jika kuasai beberapa kosa kata bahasa Arab (lebih banyak lebih bagus) yang sering berulang (al-Ardhu - tanah/bumi, ja'ala = jadikan, dll)
Jawapan tentang pertanyaan aku tadi : sebab aku juga, setiap hari nak hafaz ayat baru mesti tengok makna juga.. |
Tapi usaha hafazan aku perlahan saja iaitu dalam sehari hanya 3 ayat sahaja. Tapi berkekalan usaha setiap hari. Insya-allah suatu hari nanti. Semoga Allah masukkan kesemua cahayaNya dalam hati. Doa-doakan ya. (Aku doakan semua kawan-kawan mula menghafaz juga..)
contoh pada bulan Ramadhan baru ni; aku usaha hafaz Surah Al-Mutafiffin, Al-Insyiqaq, Al-Buruj |
Kalau kira-kira sikit, dalam setahun ada 12 bulan. Jadi untuk mencapai 1 juzuk (20 halaman), sebulan (30 hari) paling kurang kena hafaz 1+2/3 halaman. Ianya 'boleh dilakukan' (do-able) tapi kena azam & disiplin la..Aliran fikiran yang lain
Jom berusaha jadi salah seorang dari golongan penat ini |
- Mungkin tak ramai (sebab tersembunyi di sebalik papan kekunci sebenarnya) tapi pastinya golongan bawang akan berkata,
ڤنت٢ سهاج حفظ القرءان تاڤي ننتي لوڤا باليق جوݢ. سيا٢ اوسها. بوکنکه لوڤا حفظن لاݢي بردوسا. باءيق تق ڤية هاروڠي سموا اين دان امبيل جالن کهيدوڤن يڠ لبيه ريلکس
ڤکککن تليڠا اندا دان تروسکن اوسها. سبب اندا ايڠين منداڤت کرىضاءن الله سمات٢. ݢولوڠن مريک سام سکالي تياد سومبڠن کأره شورݢا الله لڠسوڠ
- Aku pernah terbaca satu perkongsian Facebook tahun ini ٰ(macam biasa, bila nak cari balik je tak jumpa. Penat parking), isi mesejnya LAGU/MUZIK & Al-QURAN tidak akan boleh berkongsi ruang hati seseorang. Jadi kalau nak menghafaz, kena kurangkan (lupakan) minat kepada lagu-lagu dunia
اکو تق ڤستي سجأوه مان کبنرنڽ هال ترسبوت. نامون بيلا دفيکيرکن ماچم بتول جوݢ. سبب زمان رسول الله، باݢيندا ميمڠ تق مڽاڽي اتاو برشاءير لڠسوڠ. دان اکو تق جومڤا باچاءن تنتڠ ڤارا صحابة ڤنداي ڽاڽي.. همSemoga Allah meredhai & merahmati usaha setiap di antara kita. Amin..
Ramai orang hanya berharapkan anak jadi hafiz/hafizah Al-Quran, sedangkan mereka lupakan diri sendiri. Bukan contoh yang baik. Sedangkan Rasulullah dan ramai sahabat baginda, mereka pun hafaz surah pada umur dewasa. Kenapa tak nak ikut 'sunnah' ni??
Ulasan