Komen aku tentang game DQXI
Entri kali ini bersifat santai. Jom sembang game..
(lepas ini aku guna ringkasan DQ11)
Jom tengok trailer dulu, sebagai pengenalan buat semua..
Sedikit contoh gameplay dari aspek pertarungan..
Rumusannya;
"Baru ni aku main genre RPG di PS4 lagi (Aku memang suka main RPG sebab? Baca entri ini --> Komen aku Game Earthbound [Snes]). Teringan nak main RPG jenis tradisional (iaitu RPG yang masih mengamalkan sistem giliran ketika bertempur musuh) sebab dah lama tak main. Kali terakhir ialah game Persona 5. Jadi sedang aku 'semak-imbas' (survey) secara online, aku jumpa promosi hebat untuk ahli PSN (diskaun 50%) bagi game ini. Jadi aku pun belilah untuk mencuba.."Dragon Quest XI : Echoes of An Elusive Age
(lepas ini aku guna ringkasan DQ11)
Jom tengok trailer dulu, sebagai pengenalan buat semua..
"Untuk siri game Dragon Quest (DQ), aku pernah main DQ8 dulu di PS2 (main pada tahun 2005/2006 macam tu) tapi tak habis sebab susah dan aku selalu masuk asrama/kolej bagai >_<! Jadi terhenti begitu saja. Pernah main DQ Builder (siri sampingan), dan aku dapati agak menarik perhatian juga.. Jadi DQ11 ni la game pertama untuk siri DQ ini.. Dan aku sangat suka game ini."Fokus A : Plot cerita & latar
"Watak utama adalah putera kelahiran dari sebuah kerajaan yang kuat & harmoni. Pada saat kelahiran terdapat tanda lahir yang menunjukkan watak utama seorang wira lagenda yang akan menyelamatkan dunia dari kuasa kegelapan. Namun, pada ketika itu juga kerajaan tersebut diserang oleh kuasa kegelapan sehingga musnah. Jadi ibu bapanya terpaksa berkorban untuk menyelamatkannya. Watak utama dihanyutkan di sungai berhampiran. Dia kemudian dijumpai dan dibesarkan di sebuah kampung berhampiran. Meningkat usia dewasa, ibu bapa angkatnya menjelaskan perkara sebenar dan meminta watak utama untuk berhadap dengan kerajaan jiran yang berhampiran, kononnya untuk membantu wira mempersiap diri menentang kejahatan. Namun situasi berbeza pula apabila kerajaan jiran pula menganggap watak utama sebagai punca kejahatan (ancaman), maka watak utama menjadi pelarian di samping berusaha sendiri mencari maklumat tentang perjuangan menentang kejahatan"
- Plot cerita game ini sedikit tipikal, namun terdapat banyak detik kejutan sepanjang perkembangan cerita tersebut. Teknik penceritaan juga sangat menarik, sebab dia tak bongkarkan 'spoiler' pun, selagi tak sampai masanya. Jadi tak boleh nak jangka apa yang berlaku..
- Setiap 'watak pengiring' (companion/party member) mempunyai kisah belakang (backstory) yang tersendiri. Jadi di samping watak utama mempunyai misi menyelamatkan dunia, secara tak langsung dia juga turut membantu pengiring menghadapi konflik masing-masing.
"Jadi game ini bukanlah fokus pada seorang watak utama sahaja, bahkan watak lain juga turut mendapat perkembangan kisah tersendiri. Tapi aku rasa banyak RPG sekarang ni yang terapkan unsur macam ni..
- Latar masa game ini ialah zaman pertengahan. Tiada teknologi maju seperti kereta, jalan raya, telefon dan lain-lain. Kena berjalan kaki (tapi ada pilihan untuk tunggang kuda kalau nak), terdapat tapak perkhemahan berupa unggun api.
- Latar tempat / bandar mempunyai pengaruh seni bina dunia nyata seperti Jepun (Hotto), Arab (Gallopolis), Canal city (Gondolia), dan banyak lagi.. Sangat cantik!
Dan lagi aku tak perasan, kawasan pergunungan ada pengaruh dari Nepal juga ^-^ tak sangka..
- Jalan cerita game ini sangat panjang! Dan berbaloi juga la dengan harganya. Dinyatakan paling kurang 50jam untuk habis main (terus tanpa sampingan), atau 100+jam (ditambahi aktiviti sampingan)
"Aku main dah sampai 100 jam, tak sampai penamat lagi.. "
Sedikit contoh gameplay dari aspek pertarungan..
Rumusannya;
- Enemy Encounter - Pertembungan dengan musuh adalah lebih kepada 'contact-encounter' berbanding pertembungan rawak (random). Musuh boleh dilihat sepanjang perjalanan kembara, jadi untuk memasuki mod pertarungan, pemain perlu 'sentuh' musuh tersebut.
"Jadi sebab musuh boleh nampak, kita lebih senang nak suai diri. Ada masa-masa kita berkejar ke suatu tempat dan tak nak bertempur dengan musuh, jadi tak perlu nak bertembung (sentuh) mereka sepanjang perjalanan. Musuh boleh dielak jika perlu, malah ada masa boleh pilih jenis musuh yang mana. Terkadang kita juga boleh pilih untuk elak musuh yang susah"
- Watak & Pengkhususan Senjata - dalam game kali ini, watak tertentu telah ditetapkan pengkhususan senjata tertentu (misalnya watak Wira hanya boleh guna sword atau greatsword sahaja). Masing-masing mempunyai set pelajaran skil yang tersendiri yang berasingan. Ada watak yang boleh gunakan senjata yang sama, ada yang tidak. Jadi kena eksperimen sikit mana yang berkenan.
- Pep power - Kuasa istimewa ni adalah gandingan kemahiran beberapa watak tertentu. Boleh jadi berdua sahaja, boleh jadi sampai melibatkan 4 orang maksima. Setiap gandingan watak yang berbeza akan menghasilkan kemahiran yang berlainan. Tapi untuk gunakan kuasa ini, watak yang terlibat perlu mencapai keadaan "pep up" (iaitu keadaan 'berang' seketika, meningkatkan beberapa parameter pertempuran), dan keadaan tersebut terjadi secara rawak dan tidak dapat diduga, namun agak kerap terjadi..
- Line-up - boleh tukar-tukar watak pada bila-bila masa. Termasuklah ketika saat pertempuran (tapi akan hilang satu giliran)
- Tactics - Satu tetapan khas agar watak boleh bertindak secara automatik tanpa perlu beri arahan berulang-ulang. Juga boleh ditukarkan pada bila-bila masa sama ada bebas.
- Equipment - kelengkapan juga boleh ditukar ganti walaupun dalam mod pertempuran. Membuat kita (pemain) lebih fleksibel untuk bertukar ganti jenis senjata (beserta kemahiran yang berkaitan dengannya) masing-masing
Fokus C : Aktiviti sampingan (side activity)
- Horse Race - Lumba kuda dalam litar. Ada pelbagai litar dengan tahap kesukaran yang berbeza. Menang nombor 1 baru dapat hadiah (hadiah pelbagai)
- Casino : mesin slot , poker, roulette. Mempunyai senarai tukaran hadiah yang tak didapati di tempat lain (jadi nak tak nak kena main juga)
- Crossbow target - aktiviti ini watak kena mencari papan sasaran yang diletakkan secara tersembunyi di serata dunia game tersebut (hadiah berupa item yang dapat meningkatkan parameter pertempuran)
- Mini medal collection - mengumpul mini medal yang tersebar di serata dunia. Hadiah akan diberikan secara berkala mengikut jumlah pengumpulan
- Forge item - Sesi pertukangan untuk mencipta kelengkapan (equipment) dengan merujuk kepada resipi tersendiri. Jadi kena mencari resipi tersebut, serta memungut hasil hutan/ mineral
- Magic door - sebenarnya pintu berkunci unik (bewarna merah) yang terdapat di pelbagai tempat sepanjang kembara. Di sebalik pintu ini, terdapat beberapa item dan kelengkapan sokongan yang sangat berguna sepanjang kembara (terutamanya dalam Act 1)
- Ultimate door - juga pintu berkunci unik (warna kelabu), terdapat di pelbagai tempat sepanjang kembara.
Fokus D : Secara keseluruhannya
Game ini sangat best!! Berbaloi dengan harga dan masa yang perlu diluangkan untuk nikmati game ini. Jalan cerita menarik, kandungan sangat pelbagai, sistem pertarungan yang baik. Tuntasnya, game ini mesti dimain semula (kalau teringin nak main lagi dalam 10-20 tahun akan datang)
Oh ya, berita baik buat pemain yang suka mengejar pingat (trophy) sebab dalam game ini tak susah untuk dapat pingat platinum bahkan dapat dalam sekali playthrough sahaja.
Oh ya, berita baik buat pemain yang suka mengejar pingat (trophy) sebab dalam game ini tak susah untuk dapat pingat platinum bahkan dapat dalam sekali playthrough sahaja.
Ulasan