Apa dosa anjing?

Kebetulan jumpa satu nasihat menarik di laman media Facebook.
Macam biasa, tak nak hilang kena cepat salin masuk sini..

Pertamanya, kredit kepada penulis asal di laman Facebook beserta gambar-siaran (photo post) asalnya --> [Facebook] Hujan Panas

--- sesi salin tampal ---
nota - untuk dalam blog ini, aku kemaskan sikit (letak perenggan, skemakan ejaan dll)

gambar juga diambil dari [Facebook] Hujan Panas
Untuk Melayu yang selalu perasan mulia, baca dan hadam lah....

Suatu ketika ulama sufi Abu Yazid al-Busthami sedang berjalan sendiri di malam hari.
Lalu dia melihat seekor anjing berjalan ke arahnya.
Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya khuatir tersentuh anjing yang najis itu.

Spontan anjing itu berhenti dan memandangnya.
Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya,



“Tubuhku kering tidak akan menyebabkan najis padamu, kalau pun engkau merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7x dengan air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau mengangkat jubahmu karena menganggap dirimu yang berbaju badan manusia lebih mulia, dan menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan bersih walau kau basuh dengan 7 samudra lautan.”
Abu Yazid tersentak dan minta maaf. Lalu sebagai permohonan maafnya dia mengajak anjing itu untuk bersahabat & jalan bersama. Tapi si anjing itu menolaknya.
“Engkau tidak patut berjalan denganku, mereka yang memuliakanmu akan mencemuhmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini, lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum.”
Lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid. Abu Yazid masih terdiam, 
“Ya Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaan-Mu saja aku tak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama dengan-Mu, ampunilah aku dan sucikan hatiku dari najis..”
Sejak itu Abu Yazid memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.
“… Maka janganlah kamu mengatakan dirimu Suci."
"Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang benar-benar bertaqwa.” (QS. an-Najm: 32)
Subhanallah..
Semoga bermanfaat. Aamiin.


-- salin tampal tamat ---

Erm, aku sedikit terasa cerita ni. Sebab baru ni di kawasan rumah aku juga terdapat anjing peliharaan (entah siapa punya tapi ada kolar) 4 ekor yang sering berkeliaran, bahkan pernah curi selipar raya kepunyaan isteriku tak lama selepas dibeli. Aku takde la berdendam dengan anjing ni, tapi kadangkala semasa balik joging sengaja aku acah-acah kejar dia supaya dia lari dari kawasan rumah aku (supaya dia tak kejar aku la hendaknya), mana tahu niat aku disalah ertikan sebagai menghina anjing..
Kenapa aku tak dendam dengan anjing walaupun selipar raya isteri dah dicuri??
Aku pernah terbaca satu kisah tentang "ular yang mematuk dan hamba Allah" (ke apa, aku tak ingat) iaitu berkisar tentang hamba Allah terjumpa satu ular berbisa yang tersepit atau terperangkap, lalu cuba membantu lepaskannya. Namun apa yang berlaku, ular itu pula mematuknya. Namun hamba Allah ini memaafkan ular tersebut (tidak membalas dendam) dengan ulasannya ular memang dijadikan fitrahnya mematuk dalam bahaya... <-- lebih kurang macam ni..

Kesan dari kisah ular tersebut aku faham, anjing juga begitu. Allah dah jadikan anjing dengan naluri/fitrahnya sebegitu. Jadi kita sebagai manusia kena bijaksana mengendalikan mereka.
"Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'aam 6:165) '"
Aliran fikiran yang lain..
Teringat aku satu entri lain [Sayangi makhluk lain], jom ulangkaji nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)