Biodata Nabi Muhammad

(Note - Entri ni juga adalah sempena hari maulid nabi. Asalnya maklumat ini didapati di laman Facebook, tetapi aku rasa ia menarik maka aku berniat untuk sisipkan dalam blog aku ^-^)

------------------------------------<BIODATA RASULULLAH S.A.W>---------------------------------
  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah s.a.w)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah s.a.w yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah s.a.w) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam’ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

  1. Qasim*
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’
*Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapa Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
-------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------

Fokus - keturunan Rasulullah? v_v
Sempena hari maulid Nabi ni, aku teringat satu kenangan pada masa silamku..
"Abang Syed! Saya dengar Syed ni memang keturunan Rasulullah. Betul ke abang?", tanya seorang junior SBP ketika aku memperkenalkan diri kepadanya.
Takkan la kot ^-^! Pada masa tu aku menafikannya atas dasar tak tahu. Namun persoalan ini aku tetap simpan hinggalah diaktifkan semula secara tak semena-mena.. Pada zaman yang sama, aku juga mendapat pertanyaan tentang keturunan aku
"Syed, kau ni keturunan mana ye? Setahu aku keluarga Syed ni mesti ada keturunan tersendiri. Misalnya aku ni dari keturunan Fada'aq." - tanya seorang kawan dari Syed-Syarifah juga
Jadi dua persoalan ini aku simpan, sehingga kini tanpa jawapan jelas. Kali terakhir aku bertanyakan kepada ayahku. Balasnya Jamalulail. Fakta ni semakin diperkukuh apabila abang saudara aku (Syed juga) begitu gah dengan menyatakan Jamalulail ni antara keturunan Syed yang menetap di Bota (kampung ayah aku) maka aku pun percaya la..

Baru-baru ni aku lebih dikejutkan lagi, terdapat kajian tentang asal-usul keluarga Jamalulail ni. Didapati memang ada hubungan darah dengan keturunan Rasulullah s.a.w (boleh rujuk link berikut --> House of Jamalulail)  
"Sekiranya benar seperti jangkaan, maka aku memohon pada Allah agar aku dapat mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w, sedikit demi sedikit. Tu pun dah cukup baik.. Walau bagaimanapun, aku berasa cukup bangga menyedari diri sebagai umat Rasulullah s.a.w, tak perlu nak dikaitkan dengan hubungan darah" ^-^  
Tapi dapatan ini tak lah bermakna sesuatu yang perlu dibanggakan. Seeloknya, anggap sebagai umat Rasulullah tu dah cukup terbaik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)