Tabah hati
"Aku nak letak jawatan la, tak mau lagi kerja doktor ni! Rezeki aku bukan di sini"Demikianlah antara kata-kata seorang rakan seperjuangan baru aku ketika mula bekerja HKL baru-baru ni v_v pada masa tu, baru je hari ketiga sejak melapor diri, tapi kejutan budaya alam pekerjaan ternyata memberi impak kepadanya..
Aku akui, dunia pekerjaan khasnya bidang perubatan adalah satu cabaran hebat baik secara fizikal mahu pun mental. Aku ketika belajar juga mengalami tekanan berat sehingga pernah terlintas untuk menyerah kalah. Namun, setakat ini Alhamdulillah masih diberi keteguhan..
Fokus - Teguh menghadapi cabaran >_<!
Sebenarnya boleh kata aku juga masih berada dalam pendirian yang goyah, boleh diumbang-ambingkan oleh pengaruh luar. Jadi secara jujur, aku agak tak selesa dengan situasi sebegini. Tentulah, setiap individu bebas untuk menentukan kehidupan masing-masing, namun keputusan yang ditetapkannya itu memberi kesan kepada orang sekeliling juga..
Jadi aku sentiasa berdoa agar diri ini kuat dan tabah untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Dan dengan sebab itu juga, aku berpegang teguh kepada firman Allah dalam kitabNya iaitu:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Surah Al-Baqarah 2:286)Berkali-kali aku memujuk diri sendiri bahawa setiap cabaran yang Allah berikan itu pastinya sesuai dengan kemampuan dan ikhtiar aku. Ini adalah sumber kekuatan dalaman aku agar tabah hati..
"Ya Allah! Aku mohon agar diberikan kekuatan kepadaku dan orang di sekelilingku agar kami teguh menghadapi cabaran yang Engkau berikan"
"Everyone, please be strong~"Some of good influence
ketika (arwah) Wan menjalani physiotherapy (Al-fatihah) |
"semoga anakmu ini mewarisi ketabahan yang ada padamu.." v_vSebagai penutup entri ni, ingin sekali aku berkongsi satu lagi Firman Allah semoga kita tidak lemah dengan cabaran yang bakal dihadapi.. kita tengok gambar ni ye ^-^!
Ulasan