Dua pun dah memadai..

*ingat lagi tak dalam satu entri dulu Belanja sakan?! aku ada sebutkan beberapa garis panduan, tapi diterangkan dalamnya hanya fokus A je.. maka ini adalah sambungannya..

Entri kali ni adalah berkenaan bilangan / nombor, khasnya merujuk kepada barangan di bawah milik kita sendiri.. Jom kita fikirkan persoalan berikut:
"kalau (ambil contoh mudah seperti) pakaian, berapa banyak yang perlu kita beli baru puas hati? 
Kalau nak diikutkan hati dan perasaan tentunya kita ni takkan puas.. Kalau boleh hari-hari nak beli baru, nak kumpul banyak-banyak. Sesuai sangat dengan hadith berikut, Sabda Rasulullah s.a.w:
Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (Riwayat Bukhari no. 6438) 
Jadi macam mana ni? >_<! Aku juga, ada masanya aku tak lari dari sifat tersebut. Maka dengan sebab itu, aku menggariskan lagi panduan pengurusan kewangan aku mengenai bilangan yang memadai..

Fokus *B - Dua pun dah memadai 
Kenapa dua? Secara langsung aku terfikir tentang tatabahasa Arab yang mana, adanya مفرد (tunggal), مثنى (dua) dan جمع (banyak), sementara tatabahasa Melayu & English hanya ada tunggal (singular) dan banyak (plural).. Maka berdasarkan itu, aku berpendapat مثنى (dua) adalah bilangan yang sederhana iaitu tak terlampau banyak dan tak juga nak kata sedikit sangat..

Jadi demikianlah, aku menetapkan had bilangan yang 'selesa' agar tak terlalu boros dan tak juga terlalu membazir ^-^! satu lagi faktor yang mengukuhkan pendirian sebegini adalah kesan dari pelajaran autobiografi ketika sekolah rendah dulu. Apa dia autobiografi ni?
"kalau masih ingat lagi, autobiografi itu adalah satu bentuk penulisan yang mengisahkan perasaan sesuatu barangan, seolah-olah ia adalah satu benda yang mempunyai jiwa dan perasaan. Misalnya 'saya sebuah basikal', 'saya seutas jam tangan' dan sebagainya.."
Jadi berdasarkan karangan tersebut, aku belajar untuk lebih menghargai setiap barangan milik aku. Macam mana nak hargai, kita rujuk kembali kepada antara isi karangan tersebut
"aku sungguh gembira dapat berbakti kepada tuan aku.." - antara luahan dalam karangan tersebut
Mungkin aku ni bersifat naif untuk meyakini 'perasaan/ luahan' ^-^ tapi aku tetap kekal dengan pendirian ni. Dan teringat aku akan nasihat daripada seorang guru aku ketika di SBP dulu;
"Kalau ada nikmat tapi tak gunakannya, itu tanda tak bersyukur" - Ustaz Amran SBP 2004/2005
Jadi kalau dah beli secara  جمع (banyak), bagaimana caranya nak mengurus dan menggunakan nikmat tersebut dengan baik? adakah kita mampu untuk adil ketika menggunakan setiap barangan kita.. atau kita akan memilih untuk guna kegemaran kita sahaja secara berulang-kali.. v_v

Some other stream of thought
antara faedah bersyukur
Bersyukurlah dengan apa sahaja rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita. Tak perlulah nak boros berbelanja sakan semata-mata untuk memenuhi nafsu, kerana Allah telah berfirman;
"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu secara boros melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula makhluk yg sangat kufur kepada Allah.." (surah Al-Isra' 17: 26-27)
Antara tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan (melalui perbuatan) ialah:
  • kita menjaganya dengan baik
  • menggunakannya sebaik mungkin tanpa pembaziran
Dan tentulah, apabila kita bersyukur akan ditambahkan lagi nikmat kepada kita, seperti mana firman Allah;
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu,"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (surah Ibrahim 14:7)
Semoga diri dan kawan-kawan sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan Allah ^-^ Alhamdulillah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)