Nostalgia

Pada hari cuti rehat (tarikh) ni, aku membuat keputusan untuk pergi ke bandaraya dengan tren LRT.. Destinasi aku ialah kompleks Sogo, niatnya untuk beli barangan rumah sedikit. Tapi, rupanya barangan yang dicari tu takde pula >_<! adoi, lupa nak set up 2nd objective pula.. Jadi untuk tidak terlalu hampa, maka aku akhirnya pusing-pusing melihat persekitaran kawasan tersebut.. Bila difikirkan semula, tempat ini mempunyai banyak kenangan dengan aku pada masa silam. Antaranya:


  • 1994/1995 : Masa kali pertama (arwah) Wan akan bawa ke kawasan ni sampai la kawasan Medan MARA, terutamanya apabila musim cuti.. Masih ku ingat lagi suasana di medan selera pada waktu itu.
  • Tempat yang selalu (arwah) Wan bawa semasa melawat Kuala Lumpur ketika tinggal di terengganu dulu. 
  • 2001-2003 : Ketika balik bermalam, ada masanya aku & kawan-kawan akan singgah di sini sekejap, pusing-pusing beli komik lepas tu baru balik semula
  • 2004-2005 : sama juga, setiap kali balik bermalam, di tempat ni juga adalah harapan aku untuk bertemu dengan kawan-kawan Segambut yang lain (harap sangat berjumpa)
Fokus - Nostalgia
Jika diteliti, aku ni seorang yang bersifat sentimental. Banyak kali, aku akan mengimbau semula kenangan-kenangan bersama seseorang terutamanya apabila orang tersebut itu memberi *erti besar dalam hidup aku (biasanya ahli keluarga atau kawan rapat)
*"kalau ada dalam kalangan kalian yang wujud dalam kenangan aku ni, maka jangan risau, maksudnya kehadiran kalian sangat bermakna dalam hidup aku.." (cuma aku selalu tak jujur nak menghargainya) v_v
Tak tahu kenapa, imbauan kenangan ni bertindak secara subconscious (maksudnya berlaku secara automatik, tapi aku masih dapat mengawal diri dengan melaksanakn tujuan semasa). Perasaan menjadi bercampur-baur sikit tapi yang banyaknya rasa sayu sebab saat-saat itu dirindui dan tak mungkin berulang kembali dengan suasana yang sama.. (ada sesetengah orang dah pergi, manakala sebilangan yang lain dah berubah).
"Namun, in syaa-Allah semua kenangan yang ada ni bahkan menjadi titik tolak agar aku kuat berusaha demi masa depanku. Those memories are all nice, and i should cherish them well."

Some other stream of thought
Aku berpendapat bahawa memori ni berkait rapat dengan 'sejarah' Jadi, bila berkata tentang sejarah, teringat aku akan satu kata-kata daripada sejarahwan:
"Those who do not remember their past are condemned to repeat it" - George Santayana (Buku teks Sejarah Ting. 4&5)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)