Lagu Jepun

Nota - Entri ni adalah kesan dari ketiadaan trigger yang cukup mantap untuk mengaktifkan "arus fikiran" aku baru-baru ni.. Takpe, kali ni aku sekadar ingin berkongsi tentang lagu kegemaran aku sejak dewasa ni..

Pendedahan pertama aku kepada lagu Jepun secara *repeatable (*aku cuba maksudkan yang aku boleh ulang dan dengar banyak kali sesuka hati) adalah pada tahun 2003 di sekolah asrama (tapi ketika balik bermalam je la ^-^!)

Pada awalnya aku minat lagu jepun hanya berdasarkan anime sahaja, iaitu merujuk kepada lagu opening/ ending anime tersebut. Namun, baru-baru ni aku begitu tertarik kepada kumpulan tertentu iaitu Ikimono gakari. Sedikit penjelasan tentang kumpulan ni:
"Ikimono gakari adalah band pop rock yang terbentuk pada tahun 1999, terdiri daripada gabungan tiga orang iaitu Hotaka Yamashita, Yoshiki Mizuno dan Kiyoe Yoshioka. Hampir semua lagu mereka dinyanyikan oleh vokalis perempuan Kiyoe Yoshioka.." (^-^! malas nak introduce banyak, kalau berminat sila buka wikipedia je)
Sejak itu, aku mula meminati banyak lagi lagu dari kumpulan ni.. Di sini aku senaraikan antara lagu-lagu yang sering aku dengar. Kalau ada masa sila dengar-dengarkan ye:

No.1)  Blue Birdlagu tema pembukaan ke-3 anime Naruto Shippuden. (Asalnya aku ingin sisipkan video opening naruto tersebut agar pendengar lain lebih yakin, tapi atas faktor hakcipta terpelihara video asal tak didapati. Maka ini adalah versi live di studio)

No. 2) Hotaru No Hikari - lagu tema pembukaan ke-5 anime Naruto Shippuden (Juga sama, video sisipan di bawah adalah versi live)


No.3)  Haru Uta - lagu tema penutup yang diperdengarkan dalam anime Detective Conan The Movie 16) 




Other stream of thoughts
Bila difikirkan, aku faham ke maksud lagu-lagu tersebut? Secara jujur aku mengaku, aku memang tak faham sangat tentang makna dan tujuan lagu tersebut, aku suka dengar (dan nyanyi) sebab sedap je.. jadi boleh la kata hal ni menunjukkan aku lebih suka kepada faktor muzik yang digunakan berbanding dengan faktor lirik dari aspek mendengar lagu..

Aku akui, muzik memang menambah kesan dalam setiap aktiviti yang kita lakukan. Misalnya:
  • saat gembira diiringi lagu riang membuatkan kita ingin bersorak kegembiraan
  • saat sedih diiringi lagu sayu tentunya membuatkan kita menangis
  • saat berjuang diiringi lagu bersemangat membuatkan kita berdaya saing dan tidak mahu mengalah..
Berbincang mengenai kesan alunan suara (eg. lagu / bacaan surah dan doa), serta-merta membuatkan aku teringat tentang kesan suara terhadap sesuatu pada tahap molekul. Jom tengok gambar berikut:

i do not own the copyright of the picture. just a mere sharing
Apabila kita memperdengarkan alunan suara yang baik-baik, struktur sesuatu perkara akan berubah menjadi lebih kukuh dan kuat. Dan didapati zikrullah mempunyai kesan positif dan harmoni terhadap kestabilan molekul tersebut. Menarik, kan? Allahu akbar~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)