Perbezaan fikiran

"awak tagging kat mana hari ni?", tanya si A
"hari ni saya day 11..", balas si B
"EH, AWAK TAK DENGAR KE SOALAN TADI?? SAYA TANYA KAT MANA KAN??", balasnya semula dengan nada lebih tinggi
 "(tapi, aku masih akan jawab macam tu v_v). Maaf, boss..", jawab si B 
Fokus - sudut fikiran yang berbeza
Baiklah! selain contoh (trigger) yang diberi, tentunya kita pernah lebih banyak lagi menghadapi situasi tak menjawab soalan seperti itu. Apa perasaan korang agaknya apabila berada dalam posisi A? dan bagaimana pula kalau korang berada di posisi B?

Sebenarnya trigger itu adalah situasi yang berlaku hari ni melibatkan aku dengan boss..  sebagai orang luar, aku yakin tentunya pembaca sekalian lebih menyokong posisi A dalam situasi tersebut (iaitu korang menganggap si B memang tak menjawab soalan).. betul tak? Jadi meh la aku jelaskan..

Sebagai pihak A, aku yakin dalam tekanan kerjaya membuatkan seseorang lebih mudah irritated terutamanya apabila soalan ringkas disalah jawab.

Namun sebagai pihak B, tentunya ada sebab-musabab kenapa respon sedemikian diberikan.. Kalau nak diterangkan, sebagai pihak B, jadual tagging untuk memenuhi prosedur tetah ditetapkan hanya sampai Day 10 sahaja.. (iaitu adanya lokasi masing-masing eg. Day 1 akan pergi Operation Theatre..) lebih dari hari yang ditetapkan adalah berbentuk bebas (suka hati je nak pilih mana-mana tempat bergantung kepada prosedur yang masih belum lengkap).. Jadi sebab itu lah, dengan menjawab "Day 11" aku cuba nak beritahu maksud 'bebas (kat mana-mana je)', tapi dah disalah faham pula.. v_v adoi~

Tapi berdasarkan contoh situasi ni aku terfikir bahawa fikiran manusia itu pelbagai. Hanya komunikasi berkesan sahaja yang dapat menyelaraskan kepelbagaian ni. Ada masanya kita salah anggap pihak lain salah paham, sementara pihak lain pula juga salah cara untuk jawab walaupun mempunyai maksud tersendiri yang cuba disampaikan.. serta-merta mengingatkan aku tentang satu ayat ni:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yg tidak diingini disebabkan kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadilah kamu menyesali apa yg telah kamu lakukan" (Surah Al-Hujurat 49:6)
Dari satu pemahaman lain, aku menganggap kita perlu meneliti kenapa dan kenapa seseorang itu memberi sesuatu respon di luar jangkaan.. Macam contoh aku tadi tu la..

Apa-apa pun, menariknya kepelbagaian manusia ni.. Allahu akbar~

Some other stream of thought
Apabila melibatkan diri dalam bidang sains (eg. perubatan), nilai 'precision' (tepat) memang perlu diamalkan dalam setiap tindakan. Macam contoh perbualan tadi itu, aku perlu mindset untuk jawab ringkas dan tepat.. (tak boleh goreng-goreng / bagi ayat suruh mereka proses dalam otak), nanti mereka bertambah bengang pula.. Namun, sebagai orang bawahan kita akan cuba jelaskan panjang-panjang agar boss lebih nampak kebenaran tentang sesuatu perkara..
"sistem tagging ni, tak kira apa yang kita (aku) buat, pastinya kalah/salah di mata boss.. enduring this all lost situation, i need to re-define winning term.." v_v Ya Allah, berikan aku ketabahan hati..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)