Main Kad Pokemon

Balik kampung dan bercuti kali ini.. Jauh dari kediaman sendiri, maka aku berjauhan dengan konsol game PS4 di rumah, dan pada masa ini game portable PSVita pula sedang 'dormant' (tiada game menarik, malas nak re-play game lama nanti sangkut teruk).. Sementara game handphone (smartphone) aku tak begitu main sangat atas faktor peribadi.. Yang ada padaku hanya sekadar laptop sahaja..Tiba-tiba aku teringat akan satu permainan kegemaranku suatu masa dahulu. Jom install dan main^-^!
"Eh kejap, imbau kenangan & sejarah aku dengan permainan ini dulu.."
سياڤ إيڠت لاݢي تنتڠ كد إين؟
Ni adalah permainan kad berasaskan makhluk pokemon. Aku ingat lagi kali pertama didedahkan kepada permainan ini semasa tingkatan 2 di sekolah berasrama dulu. Entah siapa jiran bilik sebelah bawa kad game ini untuk dimainkan. Maka aku mula mengenali dan mempelajari cara permainannya.
"Tapi masa dulu, aku setakat pinjam kawan punya kad saja. Tak terlintas untuk memiliki sendiri pun.."
Tak disangka permainan ini sangat popular walaupun aku dah berpindah sekolah baru tingkatan 4. Tiba-tiba ada budak junior seronok bermain sesama rakan sebilik pula. Sekali lagi aku didedahkan kepada permainan ini. Maka pada masa itu barulah aku berniat untuk memiliki kad sendiri.
"Tapi agak mahal untuk dapatkan satu dek. Sementara pengeluaran kad ini adalah berterusan seiring dengan musim game pokemon yang diperkenalkan. (kalau game baru dikeluarkan dengan spesis baru, maka kad baru juga akan diperkenalkan..). Dengan pesaing yang agak sukar didapati, maka sekali lagi, minat tersebut berkubur lagi.. 
Sehinggalah aku diperkenalkan dengan game versi atas talian terbitan syarikat rasmi pokemon
"Bestnya ada kemudahan teknologi.."
Pokemon Trading Card Game Online [Game Windows/Mac terdapat juga versi Iphone, Android]
Boleh didapati secara percuma di website rasmi Pokemon
https://www.pokemon.com/us/pokemon-tcg/play-online/ atau kalau iphone/android boleh je search nama yang relevan.
#casual #cardgame #duel

Game ini ada versi atas talian bagi permainan kad tersebut. Yang bestnya versi online berbanding versi fizikal ialah;
  • Percuma ^-^! - segala urus niaga perolehan kad adalah dengan menggunakan matawang permainan (in-game money). Jadi aku tak perlu keluarkan kos pun untuk dapatkan kad. [tapi aku perasan adanya fungsi 'redeem code' - mungkin khas bagi pembeli kad fizikal di luar tapi ingin dapatkan versi online juga.. mungkin]
  • Interaksi online lebih mudah - server tolong suaikan mana-mana pemain yang ingin bertanding kad sesama sendiri serta sistem hadiah berupa in-game money. Jadi tiada siapa rugi kalau kalah.
  • Asli - paparan & ilustrasi kad adalah original seperti mana kenangan aku bermain dulu. 
------ Cara permainan ------

Pemain akan menggunakan dek kad yang terdiri dari sejumlah 60 keping kad (gabungan jenis kad; pokemon, energy, trainer)
  • Pokemon - Kad makhluk (pokemon). Mempunyai elemen tertentu seperti air, api, elektrik dll. Terdiri dari makhluk asas (basic) dan evolusi. Permainan mesti dimulai dengan makhluk bertahap asas terlebih dahulu. Pada pertengahan permainan baru pemain boleh evolusikan makhluk (mesti ada aturan kad yang betul) 
  • Energy - kad 'sumber tenaga'. Diperlukan oleh makhluk untuk melaksanakan sesuatu tindakan (serang atau undur diri) yang mana bilangannya unik. Seperti mana kad 'pokemon', kad energy juga terdapat dalam elemen masing-masing
  • Trainer -  memberi kesan sokongan khas kepada pemain / pihak lawan dari pelbagai aspek (sama ada serangan, bilangan kad dll) tertentu. Penting untuk mengubah rentak permainan
Game dimulai pemain mementukan giliran pemula terlebih dahulu. Balingan syiling (coin flip) akan dilakukan yang mana pemain akan teka sama ada 'kepala / ekor'
  • Pihak yang meneka betul akan membuat pilihan untuk mula dahulu atau tidak
Pemain kemudian akan setup medan perlawanan. Set dek akan dikocok, kemudiannya, pemain akan ambil 7 kad ke tangan terlebih dahulu. --> (istilah dalam game : 'hand') 
Kemudiannya 6 kad akan diletakkan bertutup sebagai tanda hadiah (sekiranya berjaya tewaskan pesaing) --> 'prize card'
Baki kad akan diletakkan secara bertutup --> 'dek'

Pemain akan diarah untuk meletakkan pokemon aktif dan pokemon pasif (Ikut suka hati sendiri)
  • Pokemon aktif boleh bertindak menyerang musuh apabila sampai giliran.
  • Pokemon pasif pula hanya standby di barisan (bench)
Ketika sampai giliran, pemain akan ambil satu kad dari dek. Kemudiannya, pemain perlu bertindak iaitu sama ada
  • Letakkan kad energy pada satu pokemon (hanya satu saja untuk setiap giliran)
  • Gunakan kad trainer
  • Evolusikan makhluk satu peringkat jika ada kad yang betul (tidak boleh dilakukan pada giliran pertama pokemon letak ke medan)
  • Serang pihak lawan (dengan syarat tenaga yang diperlukan sudah cukup) 
AWAS! giliran akan berakhir sekiranya pemain melancarkan serangan.
  • Sekiranya serangan berjaya menewaskan pihak lawan, pemain boleh ambil satu prize card.
  • Kalau berjaya dapatkan semua prize card, maka pemain akan menang perlawanan
Antara cara lain yang bukan mainstream untuk memenangi permainan ialah
  • Pihak lawan kehabisan 'dek' dan tak dapat ambil kad lagi semasa tiba giliran baru
  • Pihak lawan kehabisan masa untuk tindakan.
  • Pihak lawan kehabisan pokemon sendiri walaupun prize card masih ada
  • Pihak lawan menyerah kalah (concede)   
Kemudian beralih kepada giliran pihak lawan pula untuk membuat tindakan yang sama.

--- Nota - ada menu tutorial akan ajar langkah demi langkah dalam permainan --
Tapi tengok video sisipan ini semoga mudah faham.



Jadi aku suka pasal permainan kad ini kerana ia melibatkan strategi. Dalam semesta (universe) pokemon, terdapat 807 spesies pokemon yang berbeza. Namun, dalam permainan kad ini satu spesies pokemon akan ada beberapa variasi jenis kad dengan set serangan tersendiri

Tengok la, kad pikachu je dah ada beberapa set serangan yang berbeza dengan keperluan & kelebihan masing-masing.
Jadi bergantung kepada strategi pemain untuk pilih gabungan kad yang sesuai. Dan nasib (luck) juga berperanan penting dalam menentukan permainan ini..
"Sesiapa yang rasa nak lawan kad persahabatan (friendly) dengan aku boleh la add friend: hazu.. tapi aku tak terer sangat la. Kad masih terhad lagi. Takde kad yang hebat pun.."
---------------------------------------------------
senarai dalam (page blog) Game dah updated!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)