Di Sebalik Tabir Wanted! 101

Ramai dari kawan-kawan (RANTAU, SEJAYA, SEPINTAR, KMPK, UNIMAS) aku tahu aku suka melukis. Dan bagi yang peka, tentunya mereka tahu aku mengusahakan satu karya Komik Wanted.

Dan akhirnya aku dah sampai ke episod terakhir komik ini dan seterusnya aku menamatkan komik ini secara rasmi.
 سباݢاي  ڤنوتوڤ, ڤد اولڽ اكو نق بوات إيڤيصود ايستيميوا يڠ مليبتكن ڤنمڤيلن سموا واتق يڠ اد. نامون اكو كنا سدر كممڤوان ديري دان ڤمباچ سكاليان. مك اخيرڽ اكو مميليه اونتوق مليبتكن ببراڤ واتق ترڤيليه سهاج. تهنيه بوات مريك يڠ ترسناراي

Penulisan tajuk hari ini sekadar celoteh & luahan bersempena episod penutup ini saja.


#1 Rifqi & Imran
Hubungan watak Syed & Rifqi sepanjang komik ini adalah sebagai Best Buddies. Banyak perkara mereka berdua sangat serasi bersama; matematik, video game, catur, tak aktif sukan dan banyak lagi. Jadi, dalam komik ini memang watak Rifqi sentiasa berdamping dengan Syed dalam pelbagai babak. Tapi interaksi utama mereka dalam komik ini adalah penglibatan catur

Lingkungan kisah (story arc) utama Syed & Rifqi
  • 001 : Perkenalan Syed & Rifqi secara umum
  • 004 : Rifqi suspek potensi Syed dalam catur
  • 008-009 : Rifqi ajak Syed bergiat dalam catur. Tapi Syed enggan dan tidak begitu bekerjasama. Dalam episod tersebut, Rifqi gagal untuk bawa Syed sampai mewakili sekolah.. 
  • 070-072 : Rifqi cuba lagi, dan akhirnya Syed bersetuju (tahun ke-3 ajak) untuk menyertai pertandingan catur mewakili sekolah. Terdapat juga penglibatan Imran 
"Watak Imran dalam komik Wanted adalah sebagai watak sampingan. Sebab aku (penulis) nak simpan penampilan Imran sampai masa "Komik EX" baru menyinar sungguh ^-^!" 
#2 Kash
"Sama macam watak Imran, aku (penulis) nak simpan watak Kash sampai Komik EX. Tapi aku (penulis) kena buat penampilan Kash juga sekali sekala supaya ada back story watak Syed & Kash..
Hubungan watak Syed & Kash lebih kepada gaya "Ally in need". Iaitu mereka tak begitu rapat, tapi Kash selalu muncul sebagai hero penyelamat pada saat-saat genting. Baru MACHO! Lingkungan kisah utama (story arc) mereka berdua ialah;
  • 001 : Penampilan buat kali pertama
  • 005 : Perkenalan Syed & Kash buat kali pertama
  • 006-007 : Kash selamatkan Syed dari buli Senior
  • 010 : Perbincangan mengenai membuat Kash. 
  • 011-012 : Syed pula menyelamatkan Kash dari buli senior
  • 026-027 : Konflik Syed vs Kash
  • 098-099 : Kash muncul lagi selamatkan Syed dari watak jahat
#3 Adam A
Hubungan watak Syed & Adam A menyerupai persahabatan suka-benci (love-hate friendship). Mereka berdua tak begitu serasi berdua, tapi mereka masih tetap dapat menyertai banyak aktiviti secara bersama. Lingkungan kisah (story arc) mereka berdua
  • 065-066 : Perkenalan kali pertama mereka (dalam bentuk imbas kembali) serta konflik yang timbul
  • 083 : Mereka sekumpulan dalam aktiviti masakan kelas
  • 085-086 : Mereka sekumpulan menyertai pertandingan Hiwar dalam Ihtifal KAA
  • 094 : mereka sekumpulan menyertai treasure Hunt hari Kantin
  • 096 : Terdapat adegan mereka main Saidina bersama-sama (aktiviti lepas peperiksaan)
#4 Ali 
Hubungan watak Syed & Ali digambarkan dalam bentuk persahabatan pahit-manis (bitter-sweet friendship). Pada mulanya Syed bersahabat baik dengan Ali untuk satu tempoh singkat tapi berlaku satu salah faham besar yang menyebabkan mereka bergaduh dan tidak lagi bertegur siapa dalam tempoh yang panjang. Jadi lingkungan kisah (story arc) Syed dan Ali lebih berkisar pergaduhan mereka dan usaha untuk berbaik semula.. Secara kronologinya yang betul ialah;
  • 092 : Pertemuan kali pertama mereka (dalam bentuk imbas kembali)
  • 034, 065 : beberapa adegan Ali rapat dengan Syed (sebelum pergaduhan besar berlaku)
  • 036 : Konflik Syed & Ali
  • 057, 061 : Beberapa babak Syed & Ali sedang dalam pergaduhan
  • 088 : Peristiwa yang mengubah arah perhubungan mereka
  • 089-091 : Antara usaha nak berbaik semula
  • 093 : Akhirnya Ali berbaik dengan Syed
"Boleh bayangkan tak? Dah bergaduh dalam tempoh yang lama, memang susah bagi mereka untuk rapat macam dulu semula."
#5 Syazwan MN
Hubungan watak Syed & Syazwan MN adalah pesaing yang ramah (Friendly Rival). Mereka bersaing terutamanya dalam hal akademik, namun dalam kebanyakan aktiviti lain mereka sentiasa menyertai bersama. Dan kalau ada pihak yang berduka akibat kegagalan, pihak yang lain akan memberi nasihat dan semangat membina. Lingkungan kisah mereka berdua;
  • 004 : Pengenalan watak Syazwan yang disegani ramai
  • 015-016 : Syed & Syazwan menyertai Kem KRS bersama
  • 019-020 : Persaingan akhir tahun pertama. Dimenangi Syed. Syazwan sedikit kecewa, tapi Syed memberi motivasi 
  • 033-035 : Syed & Syazwan dalam sesi KRS lagi. Dikisahkan Syed pengsan sebab Syazwan paksa. Lalu Syazwan meminta maaf sambil beri nasihat
  • 053-054 : Syed & Syazwan menyertai kursus matematik olimpiad
  • 057 : Syazwan tarik Syed pergi ajar Senior, Syed tarik semula Syazwan untuk turut serta ^-^!
  • 058 : Kisah persaingan akhir tahun kedua. Dimenangi Syazwan. Syed pula yang berduka, kini Syazwan yang memberi motivasi
  • 082 : Syazwan menghadapi konflik dengan kawan-kawan lain lalu bersedih. Syed memberi nasihat dan sokongan moral
  • 096-097: Persaingan akhir tahun ketiga (oleh kerana PMR belum tahu keputusan, penentuan siapa menang adalah bergantung kepada penerima hadiah anugerah pelajar cemerlang) Dan Syazwan telah menang. Namun, dia beralah. Syed menafikannya
  • 100 : Keputusan PMR dah keluar. Siapa menang? 
#6 Nazham 
Hubungan watak berdua ialah secara jelasnya digambarkan sebagai adik/abang angkat. Perkenalan mereka adalah singkat (seperti lingkungan kisah dalam episod 094-099) tapi memberi implikasi berkesan kepada kehidupan Syed. 
"Disebabkan persahabatan mereka, Syed menjadi peka kepada junior. Jadilah dalam komik EX, Syed mula memberi perhatian dan bantuan kepada junior.."
Nota - lingkung kisah ini cedok sikit salah satu kisah nasihat yang aku jumpa di internet iaitu tentang ahli keluarga (ibu bapa) lebih banyak berjasa kepada kita berbanding orang luar tapi kita lebih hargai orang luar yang hanya sekali berbuat baik kepada kita..

#7 Izzat 
"Aku dah tetapkan dalam episod akhir mesti ada babak ini, sempena pengalaman sebenar yang berlaku pada hari aku keluar sekolah Segambut.." - penulis 
Cuma watak Izzat tak begitu ketara sepanjang komik Wanted! ini, jadi aku perlu sediakan kisah mereka berdua. Diperihalkan watak Izzat ini bersahabat baik dengan Ali (maka dia menyedari konflik mereka). Bahkan Izzat juga menyebelahi Ali pula dan turut berkonflik dengan Syed (baca lingkungan kisah mereka dalam episod 089-091 ^-^! Namun, konflik Syed vs Izzat tidak kekal lama, mereka berbaik pada akhirnya..

---TAMAT---

Komik dah siap, mana komiknya? Jom tengok sini --> Wanted! Episod 101 (Akhir). Jangan lupa tengok kredit sekali. Ada rahsia kat situ..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)