Sedeqah (1)
(Nota - entri ini boleh dikatakan sebagai kesinambungan bagi entri hutang.. Jadi boleh rujuk semula untuk isi yang berkaitan..)
Sebelum ini, pemikiran aku begitu terhad kepada pilihan (b) kerana dipengaruhi oleh ura-ura sekeliling tentang taktik orang ramai (eg. penagih dadah, perokok tegar dll) untuk meraih wang bagi memenuhi hajat tersendiri (yang mungkin memudaratkan). Jadi aku pernah dinasihatkan agar berhati-hati agar tak membantu mereka mencapai 'kemudaratan' tersebut, maka terhasillah fikiran (b) atau yang setara dengannya..
Saban hari berlalu, aku terjumpa dengan buku ni lalu terlintaslah niat aku untuk mengambil tahu tentangnya..
Jadi, teringatkan firman Allah berkenaan sedeqah ni dalam Al-Quran. Dalam entri ni aku kongsikan beberapa isi darinya untuk ingatan sendiri dan kawan-kawan. Jom semak!
(Nota - Panduan penuh adalah berdasarkan surah Al-Baqarah 2:261-274)
262: Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkitkan (pemberiannya), dan tidak pula menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita
*Nota - Antara adab bersedekah ialah tidak mengungkit semula kebaikan (sedekah) yang diberikan kepada si penerima pada masa akan datang. Dan juga tidak menyakiti hati mereka (eg. "Aku dah bagi duit ni. Jangan minta lagi kat aku. Ingat senang ke nak cari duit" ataupun "Dah dapat duit ni, jangan guna untuk benda-benda tak guna").
263: (Menolak permintaan peminta-peminta sedeqah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan) mereka adalah lebih baik dari melakukan sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan/perkataan) yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyabar.
*Nota - kalau tak dapat nak membantu, maka tolaklah secara baik. Dan maafkanlah mereka kerana tiba-tiba approach dan meminta tolong (seolah-olah mendesak pula).. Itu lebih baik dari bersedekah tapi diiringi dengan kata-kata kasar lagi menyakitkan hati..
264: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkitkan dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedeqah) orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk kepada manusia (iaitu bertujuan riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (demikian juga halnya orang-orang yang kafir riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir
*Nota - pendek katanya, jangan riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain..
265: Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat pun, maka hujan renyai-renyai pun cukup (untuk menyiraminya lalu mengeluarkan hasil). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan
267: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk darinya (lalu kamu dermakan / jadikan zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maka Kaya lagi sentiasa Terpuji.
*Nota - derma/ sedekahkan benda yang elok lagi baik keadaannya itu lebih baik. Janganlah beri barangan yang dah rosak..
268: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah / menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunanNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya..
*Nota - ni konflik dalaman yang sering berlaku. Kita selalu ditakuti dengan bayangan 'nanti duit aku semakin sikit' lalu teragak-agak untuk membantu >_<! astaghfirullah~
271: Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah baik (kerana menjadi contoh teladan yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu. dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara Mendalam akan apa yang kamu lakukan
*Nota - sedekah secara sembunyi-sembunyi atau jelas nyata pun, masing-masing adalah amalan yang baik. Tapi tentulah secara sembunyi-sembunyi itu lebih baik, bagi mengelakkan salah faham orang lain / atau menimbulkan riak diri sendiri
274: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
*Nota - kesan positif dari bersedekah ni adalah tidak ada kebimbangan dan tidak ada dukacita dengan amalannya. Ya Allah, semoga aku lebih memperbaik diri..
Some other stream of thought
"Abang, boleh minta tolong skit tak? Saya ni takde duit nak balik rumah ni.. Boleh tak abang pinjamkan saya duit RM10, nanti kalau dah ada duit nanti saya ganti balik.."
"Abang, saya ni ada masalah ni! Abang sorang je yang boleh tolong saya.. Saya ni nak balik kampung kat Kelantan tapi takde duit. Saya pergi Baitul Mal untuk bantuan tapi dah tutup pulak.. Tolong la pinjamkan saya duit untuk tambang balik.. Nanti saya ganti balik.."
"Encik, saya jual keropok ni.. 1 bungkus RM5 --> bila dihulurkan RM5 --> encik, belilah 2 RM10, kita sama-sama Islam ni saya harap encik boleh tolong saya beli lebih sikit.."Demikianlah antara contoh situasi yang berlaku ketika mengharungi kehidupan seharian.. Live-action-trigger!
"Apakah respon yang patut aku berikan..?" antara konflik dalaman yang berlaku dalam diri aku: (a) Bantulah dia. Kesian pula aku tengok~ (b) Mungkin ke dia nak tipu aku.. Entah-entah dia nak duit untuk tujuan lain tak..Fokus - cabaran bersedekah
buku ni pun best juga ^-^ |
Saban hari berlalu, aku terjumpa dengan buku ni lalu terlintaslah niat aku untuk mengambil tahu tentangnya..
"Jujurnya, bukanlah niat aku untuk menjadi 'semakin kaya', namun secara umum aku ingin tahu hikmah di sebalik sedekah ni terhadap jiwa.." ^-^!Jadi isi yang dibincangkan dalam buku tersebut juga menyentuh tentang situasi (seperti contoh yang diberi itu tadi). Kalau kita cuba membayangkan diri sendiri mengalami kesusahan yang sama dan berharapkan bantuan dan belas ihsan orang lain, mungkin kita akan terlintas harapan seperti berikut;
"Saya sedar saya terpaksa minta tolong tuan/awak tapi kalau tak nak tolong tak payahlah menghina saya. Saya tak berharap pun dapat masalah ni.."Maka sejak baca buku ni, pemikiran (a) kembali dalam pertimbangan aku setiap kali menghadapi situasi tersebut. Konflik dalaman memang hebat berlaku dalam diri. Entah, memang terumbang-ambing aku antara ingin membantu atau pun tak..
Jadi, teringatkan firman Allah berkenaan sedeqah ni dalam Al-Quran. Dalam entri ni aku kongsikan beberapa isi darinya untuk ingatan sendiri dan kawan-kawan. Jom semak!
(Nota - Panduan penuh adalah berdasarkan surah Al-Baqarah 2:261-274)
Bandingan (derma/sedeqah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (Surah Al-Baqarah 2:261)Berdasarkan ayat tersebut, perbandingan tersebut mungkin merujuk kepada balasan 'pahala' yang Allah akan berikan ataupun balasan baik yang Allah akan gantikan.. Wallahu a'lam~
262: Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkitkan (pemberiannya), dan tidak pula menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita
*Nota - Antara adab bersedekah ialah tidak mengungkit semula kebaikan (sedekah) yang diberikan kepada si penerima pada masa akan datang. Dan juga tidak menyakiti hati mereka (eg. "Aku dah bagi duit ni. Jangan minta lagi kat aku. Ingat senang ke nak cari duit" ataupun "Dah dapat duit ni, jangan guna untuk benda-benda tak guna").
263: (Menolak permintaan peminta-peminta sedeqah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan) mereka adalah lebih baik dari melakukan sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan/perkataan) yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyabar.
*Nota - kalau tak dapat nak membantu, maka tolaklah secara baik. Dan maafkanlah mereka kerana tiba-tiba approach dan meminta tolong (seolah-olah mendesak pula).. Itu lebih baik dari bersedekah tapi diiringi dengan kata-kata kasar lagi menyakitkan hati..
264: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkitkan dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedeqah) orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk kepada manusia (iaitu bertujuan riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (demikian juga halnya orang-orang yang kafir riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir
*Nota - pendek katanya, jangan riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain..
265: Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat pun, maka hujan renyai-renyai pun cukup (untuk menyiraminya lalu mengeluarkan hasil). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan
267: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk darinya (lalu kamu dermakan / jadikan zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maka Kaya lagi sentiasa Terpuji.
*Nota - derma/ sedekahkan benda yang elok lagi baik keadaannya itu lebih baik. Janganlah beri barangan yang dah rosak..
268: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah / menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunanNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya..
*Nota - ni konflik dalaman yang sering berlaku. Kita selalu ditakuti dengan bayangan 'nanti duit aku semakin sikit' lalu teragak-agak untuk membantu >_<! astaghfirullah~
271: Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah baik (kerana menjadi contoh teladan yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu. dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara Mendalam akan apa yang kamu lakukan
*Nota - sedekah secara sembunyi-sembunyi atau jelas nyata pun, masing-masing adalah amalan yang baik. Tapi tentulah secara sembunyi-sembunyi itu lebih baik, bagi mengelakkan salah faham orang lain / atau menimbulkan riak diri sendiri
274: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
*Nota - kesan positif dari bersedekah ni adalah tidak ada kebimbangan dan tidak ada dukacita dengan amalannya. Ya Allah, semoga aku lebih memperbaik diri..
- Sedekah sebenarnya tidak terhad kepada harta benda sahaja. Terdapat juga bentuk sedekah yang lain, seperti gambar yang disertakan..
- Berkenaan hal sedekah ni, membuatkan aku teringat akan satu kisah teladan (dari Al-Quran juga ^-^) tentang seorang pemilik kebun. Bacaan penuh boleh didapati di link ini--> kisah pemilik kebun
------------------kemaskini 1.7.2018------------
Rupanya siri entri Sedeqah dah sampai episod 5. preview episod yang lain ialah...
- Sedeqah (2) - salah satu contoh situasi dalam kehidupan yang membawa kepada keperluan bersedekah
- Sedeqah (3) - syaitan akan menakutkan kita dengan kemiskinan sebab bersedekah. Tapi ada hadith yang menyatakan supaya jangan bakhil & tamak haloba
- Sedeqah (4) - bersedeqah ni sebenarnya untuk mendapatkan keredhaan & rahmat Allah semata-mata. sebab nilai sedeqah yang kita berikan itu tidak berkembang pun di sisi Allah.
- Sedeqah (5) - idea bagaimana nak bersedeqah sehingga tangan kiri pun tak tahu'
------------------------
Siri nasihat yang lain boleh rujuk laman koleksi nasihat yang aku kumpulkan
Ulasan