Present tentang main game..

"Syed, nanti kau boleh tak buat non-medical presentation?" - SMS seorang rakan sekerja yang menguruskan giliran houseman presentation
Live action trigger! (Apakah respon yang patut aku berikan atas arahan tersebut?)
Aku sedar aku sebaiknya tak boleh nak mengelak diri sebab pasti akan sampai masanya untuk aku present pula suatu hari nanti. Oleh itu, kena juga la memikul tugas ni secara sukarela sebelum dipaksa kelak. Maka aku memberikan respon ingin membantu ^-^!
"Pada setiap hari selasa, ketika awal perhimpunan pagi posting O&G, adanya sesi non-medical presentation oleh houseman sebagai salah satu budaya di HKL ni. Seperti nama sesi tersebut, houseman bebas memilih tajuk sendiri. Setakat ini, aku pernah dengar presentation oleh rakan-rakan sekerja dengan tajuk masing-masingnya cincin, tayar kereta, muzik, haiwan peliharaan dll. Jadi apa topik yang aku nak bentangkan ni?" >_<!
Jadi akhirnya aku mendapat idea untuk berkongsi fakta tentang video game. Aku juga turut menyelitkan video seperti di bawah. Tentulah, aku tak berniat agar mereka terkesan dengan fakta-fakta yang diberi (lantaran video game ni secara umumnya adalah satu kontroversi terutama dalam golongan generasi lama), tapi setidaknya aku berharap agar mereka terhibur dan terbuka fikiran sedikit..
Sekali lagi, aku ingin kongsikannya dalam blog aku. Walaupun video game ni ada isu kontroversi dan pengaruh yang tidak baik, namun penglibatan dalam aktiviti gaming ni mempunyai kebaikan yang tidak dijangka. Jom saksikan ^-^


Marcapada, dalam dunia serba teknologi ni kegiatan bermain video game semakin popular terutamanya dalam kalangan generasi muda. Rata-ratanya perempuan dan lelaki hampir sama ramainya bermain game. Antara sebab utama remaja memilih untuk bermain video game dewasa ni adalah (versi terjemahan):
  1. Hiburan dan keseronokan - mengisi masa lapang
  2. Menyahut cabaran - terkadang adanya cabaran yang hebat disediakan dalam media elektronik ini untuk menguji tahap ketangkasan pemain. (misalnya game bola, adanya setting kehandalan bertahap "world class" jadi pemain akan bermain sedaya-upaya)
  3. Memuaskan emosi dan kurangkan stress <-- aku dalam kategori ini, terutamanya tengah stress belajar/kerja maka aku akan lepaskan dalam game ^-^!
  4. Alternatif dari terjebak ke dalam kegiatan yang tidak baik
  5. Pendidikan/latihan kemahiran berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan yang lain
Walaupun sedemikian, adalah digalakkan agar kita tidak terlalu addicted dengan aktiviti gaming ni. Cukuplah bermain game pada kadar yang tidak mempengaruhi aspek-aspek kehidupan yang lain..

Some trivia/nostalgia matter(s)
  • Teringat suatu ketika dulu (2009) aku terlibat dalam kajian elektif Year 2 berkenaan 'kesan bermain video game terhadap daya tumpuan seseorang' ^-^! (juga berkaitan dengan isi video sisipan dalam entri ni)
  • Masa zaman kanak-kanak aku selalu diperdengarkan lagu ni, kebetulan nama-nama game yang disebut dalam lagu tersebut memang cukup familiar bagi generasi yang sezaman dengan aku. Sekadar nostalgia, jom kita perdengarkan semula (4U2C Video Game) ^-^! ayuh~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)