Bola sepak

"Syed, bila nak join main bola kitaorang?" - tanya seorang sahabat sejak sekian lama tak berjumpa..
"bila korang selalu main? kalau kena hari rehat aku, insya-allah akan diusahakan.." - balas aku 
Tiba-tiba timbul niat aku untuk bermain bola sepak pula.. menarik betul~

sekadar gambar hiasan (diambil sebab sangat cantik) 
Fokus - sepak bola sejak sekian lama >_<!
Dah lama agaknya aku meninggalkan sukan bola sepak padang. Kali terakhir aku bermain secara sukarela dan gembira ialah ketika bersekolah tingkatan dua dulu.. Selepas masa tersebut, aku tak ingat sebarang kenangan menyertai bola sepak yang menyeronokkan..
"Sejak awal lagi, aku ni bukanlah seorang yang proaktif bersukan. Dan selalunya aku menyertai aktiviti sukan dengan beralasan sebagai aktiviti senaman diri atau sekadar mencari pengalaman baru sahaja. Tiada niat untuk menjulang kejuaraan yang ketara pun.. " ^-^
Dah masuk 10 tahun aku tak betul-betul diingatkan semula keseronokan bermain bola ni.. Jadi bila turun bermain bola kali, tak sangka rasa seronok dan teruja semula untuk menyepak bola (walaupun aku tak la bermain sehebat kawan-kawan lain) ^-^ ditambahi melihat skil kawan-kawan dan gelagat mereka di padang, lebih menceriakan suasana dan menambah keseronokan..
"semoga aku terus diingatkan tentang keseronokan sebegini. Di samping itu juga, dapat menghubungkan semula kawan-kawan lama setelah mengharungi haluan masing-masing.. mungkin, aku akan sertai lagi bila berkelapangan.."
Some other stream of thought
Aku sebenarnya tak minat bola sangat, namun aku tetap mengkagumi mereka yang pandai bermain bola, khasnya contoh terdekat abang aku (serta beberapa contoh lain..).. suka melihat skil-skil yang ditunjukkan..

Sementara itu, aku turut meyelitkan kenangan 'bermain bola di sekolah' dalam komik sendiri Wanted!
"Episod 43-52 siri Wanted! (2nd Wave) adalah berkenaan pertandingan bola yang diadakan di sekolah. Syed dan rakan-rakan biliknya (bilik 17) berusaha untuk menjulang kejuaraan.. tapi mampukah mereka? ^-^! (sila rujuk link Photobucket - Wanted! 2nd wave <-- promote pula)"
*Nota- walaupun ada nilai nostalgia tapi jalan cerita komik tersebut hanyalah rekaan semata-mata 

Pernah suatu masa 2010/2011, aku terkesan menonton animasi Malaysia 'Bola Kampung' sehingga aku juga turut berlatih main bola walaupun sendirian pada waktu petang ^-^! haha, senang terpengaruh juga aku ni rupanya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)