Cebisan kenangan (Year 4 Community Posting Team)
Tengah-tengah menyelak pakaian dalam almari, aku terjumpa baju yang penuh dengan kenangan pada suatu masa silam ku. Seraya aku teringat akan persoalan yang timbul ketika babak merancang reka bentuk baju ni juga..
"Kenapa mesti nak letak nama pada baju kumpulan ni? Tak payah la!" - bantah rakan sekumpulan pada ketika design baju sedang dirancang.
design baju kumpulan health intervention kami 2010 |
Fokus - UNIMAS Year 4 Sibu story (1 Mei 2010 - 26 Jun 2010)
Watak utama episod ni ada 22 orang (termasuk aku); Zakuan, Liyana, Kevin, Vima, Syahira, Rachel, Badrul, Huda, Wooi Kee, Fazila, Fong Ning, Tse Zen, Wah Kin, Lee Wan, Maryam Safura, Najib, Shuhaili, Ci Min, Isabella, Sylvester, Li Xiang. Rindunya kat semua..
Antara program silabus perubatan tahun 4 termasuklah melibatkan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat. Bagi UNIMAS, perkampungan Iban di kawasan Sibu merupakan tempat pilihan program kami. Tajuk kajian kami adalah berkenaan "KAP (knowledge-attitude-practice) of Nanga Sekuau villagers towards Cardiovascular Disease Risk Factor"
"Kali pertama aku datang melihat komuniti iban dan rumah panjang mereka secara 'live' bertempat di Rh Banying. Secara jujurnya aku tak kecewa sikit sebab perumahan mereka dah maju dengan binaan dari bongkah batu ^-^! namun, perasaan berada di rumah panjang tetap ada.."Kajian ini lebih melibatkan sesi temubual dan survey tentang pengetahuan, attitud dan pengamalan penduduk kampung ni terhadap risiko-risiko penyakit cardiovaskular. Jadi, kebanyakan dari sesi kami lebih kepada soal jawab berdasarkan borang kajian kami. Kemudian, dari respon mereka kami isikan data ke dalam SPSS untuk pernilaian dan kesimpulan..
"Namun sampai sekarang, aku masih tak reti dengan software SPSS ni ^-^! setidaknya aku mampu lagi isikan data-data dengan pantas dan lengkap. Bahagian mentafsir keputusan itu, aku serahkan saja kepada yang pakar.."Demikianlah antara rutin harian yang dilakukan hampir setiap minggu. Namun, agar tidak dilupakan pembelajaran medical, pada paginya kami akan pergi ke klinik kesihatan untuk mendapat pendedahan klinikal pada peringkat komuniti..
- sesi permainan dengan golongan kanak-kanak - iaitu biasanya permainan ringkas sekadar suka-suka dan meluangkan masa dengan golongan muda ni je
"Teringat lagi, punya la nak main dengan budak-budak ni sampai aku pulak kena 'buli' dengan mereka semua ^-^! adoi, penat tapi gembira pada satu cara.."
- pertandingan memasak - kalau difikirkan pertandingan ini semestinya bertujuan ingin melibatkan golongan wanita rumah panjang supaya mereka turut serta dalam program ini. Juri adalah terdiri daripada pihak kami sendiri.
"Teringat lagi Vima & Lee Wah Kin yang menjadi juri dan mencuba masakan yang disediakan oleh peserta-peserta ini."
- pertandingan tarian poco-poco - pertandingan ini terbuka kepada mana-mana golongan sekali pun. Walaupun penduduk mempunyai tarian unik tersendiri, namun kami tetap pilih poco-poco sebab setidaknya kami lebih familiar untuk membuat pernilaian yang adil ^-^
"Tetapi pertandingan tetap berakhir dengan bantahan dan pertelingkahan sesama penduduk >_<! ada antara mereka cuba menimbulkan tema kesihatan (senaman) sebagai kriteria pemarkahan.. huhu, payah betul ni.."
- pertandingan menyumpit - melibatkan golongan lelaki untuk memperlihatkan kemahiran masing-masing ^-^ oh ya, atas faktor keselamatan semua, 'peluru' yang digunakan dalam pertandingan ni hanyalah dari tanah sahaja.
"Sumpit tu sendiri memang sangat panjang dan berat (bagi aku la), menariknya macam mana la penduduk ni boleh hebat dalam menyumpit.. Tepat pulak tu.."
-----------------------------------------------<Break time!>-----------------------------------------------
replay scene 'titanic' ^-^ |
"Pengangkutan air juga turut memain peranan dalam menghubungkan tempat-tempat dalam Sarawak ni. Alang-alang dah berada di Sibu ni, maka aku rasa perlu juga merasa naik "ekspress" ni sekali-sekala ^-^ perjalanan pulang selama 4-5 jam kalau tak salah.."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang intervention day itu ialah
salah satu kaunter health screening |
- Pameran kesihatan - berkenaan tajuk kajian kami iaitu yang berkaitan dengan risiko-risiko penyakit kardiovaskular
- Sambungan pertandingan (peringkat akhir) menyumpit dan tarian poco-poco
- Health education daripada MA (medical assistant)
- Health screening - kalau tak silap ianya serba ringkas dan basic je iaitu adanya kaunter untuk ukur BMI (body mass index), vital sign (seperti BP, pulse) dan periksa kandungan gula / cholesterol dalam darah..
"Sekiranya ada abnormal finding, maka kami terus rujuk kepada MA yang turut hadir pada hari tersebut untuk tindakan lanjutan. Biasanya MA tersebut akan buat surat referal kepada KK berhampiran.."
- Persembahan dari kami (dikir barat) yang dianggap sebagai penghargaan kepada penduduk rumah panjang di kawasan Nanga Sekuau kerana memberikan kerjasama dan hospitaliti yang baik..
Semuanya yang telah berlaku itu hanya tinggal kenangan sahaja. Tapi bagi aku yang bersifat sentimental, pengalaman manis ni semestinya membantu aku mengukuhkan motivasi agar berusaha meneruskan kehidupan dengan hati yang tabah dan bersemangat.. Insya-Allah~
peace to all dan selamat maju jaya~ |
Ulasan