Rendah diri (siri 2)

"Kau dah jadi doktor sekarang ni perlu jaga imej sikit. Pakaian kena smart, berkereta selesa, makanan pun kena up to standard. Kalau tak, orang lain takkan respek kau. (eg. doktor apa macam ni..?) ." - nasihat seseorang kepadaku.
Kalau difikirkan dari satu sudut pandangan, aku faham tujuan nasihat tersebut ialah agar meningkatkan self-esteem dan lebih dihormati oleh orang ramai..

Fokus - tawadhu'
Namun dari dalam hati aku, aku berasa tak selesa untuk berpendirian sedemikian. Perlu ke menunjukkan perbezaan status? Kalau dari aspek pakaian, secara umumnya aku faham bahawa berpakaian kemas & bersih itu baik. Tapi bila melibatkan aspek lain (eg. kenderaan, makanan, barangan mewah, layanan umpama VIP) tu, aku rasa tak perlulah untuk diriku. Teringat aku akan satu nasihat dari Firman Allah;
"Rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman" (Surah Asy-Syu'ara 26:215)

Aku kagum lagi tertarik melihat contoh teladan yang diperlihatkan oleh golongan ulama yang merendah diri. Contohnya Menteri Besar Kelantan seperti gambar sisipan. Meskipun beliau merupakan orang besar, namun beliau menjalani kehidupan harian yang cukup biasa dan sederhana. Tanpa semua kelebihan dunia tersebut, aku tetap memandang tinggi beliau sebagai seorang yang layak disanjungi.

Selain itu, aku mendapati terdapat seorang lagi watak yang aku perlu kagumi. Dapatan ini adalah bersempena perkongsian baru-baru ini di laman social Facebook. Yang berikut ni sekadar copy & paste dari perkongsian asal (nota - terima kasih kepada penyumbang)

------------------------------------------------<mohon share>---------------------------------------------

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan (dalam bulatan merah) , yang turut serta dalam proses pengebumian jenazah. Bagi rakyat Kelantan, sekilas pandang sudah boleh tahu siapakah gerangan insan bertuah ini.

Inilah, (Sultan Kelantan) Sultan Muhammad ke-V yang turun dalam liang lahad tanpa menghiraukan darah diraja baginda untuk menunaikan kewajipan Allah dalam proses pengebumian rakyatnya, iaitu rakyat Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah.
Alhamdullilah, benar-benar rasa bertuah mempunyai sultan yang menjadi ikon untuk seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia menanti dengan penuh sabar untuk Tuanku al-Sultan Kelantan menaiki tahta sebagai Yang Dipertuan Agong kurang dari 5 tahun lagi..
--------------------------------------------<mohon share tamat>------------------------------------------
Oh ya, jangan dilupakan Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan yang baik. Kita imbau semula contoh keadaan rumah baginda yang serba sederhana (sumber Replika rumah Rasulullah dari MyIbrah.com).


Diriwayatkan dari Anas r.a dia berkata;“Saya masuk ke rumah Rasulullah s.a.w, waktu itu baginda sedang tidur di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah s.a.w membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah s.a.w. Umar menangis. Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Apakah yang membuat kamu menangis?”


Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).” Rasulullah s.a.w lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Semoga kita (aku) dapat mencontohi nilai murni yang ditunjukkan oleh insan mulia ini. Aamiin~ ^-^

Some other stream of thought
Nilai zuhud bukanlah bererti kita meninggalkan kemewahan dunia semata-mata, namun ia bererti pemikiran yang tak mudah terpengaruh dengan kesenangan duniawi dari mengabdikan diri dalam beribadat kepada Allah iaitu seperti firman Allah;

“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (al-Hadid: 23)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)