Berbakti kepada ibu bapa
Alhamdulillah, gaji dah masuk dah ^-^ maka seperti bulan-bulan lalu, aku akan mengagihkan sumber kewangan tersebut kepada beberapa saluran (sila rujuk entri pengurusan kewangan). Dalam proses pembahagian tersebut, terlintas dalam kotak fikiran aku;
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi:
Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
tapi ,
kenapa bila kita telah dewasa kita merasakan seolah mereka tidak pernah faham kita ?
mereka tidak pernah meminta kita balas apa yang mereka beri pada kita ?
mereka hanya meminta secebis kasih sayang . . .ketahuilah anak , mereka bukan pengemis ? perlu mengemis secebis kasih sayang dari anak mereka ?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan perkongsian tersebut, aku pun terasa sangat juga akan kebenaran perkara tersebut. Betapa banyaknya salah silap aku yang mungkin secara tidak sedar mengguris hati dan perasaan mereka..
Dan aku percaya ibu bapa hanya meminta kasih sayang dan perhatian daripada anak-anaknya. Walaupun sebilangan ibu bapa menginginkan kehidupan yang serba mewah dan senang-lenang, namun aku percaya kebahagiaan yang diimpikan oleh mereka (pada usia tuanya) ialah perhatian dan kasih sayang anak yang bekekalan..
Teringat aku akan satu adegan ketika aku cuba memberikan sebahagian dari hasil pendapat buat kali pertama, ayah aku membalas;
Pernah aku terbaca satu kisah teladan di laman sosial (nota - dah tak ingat di mana sumber asal dan perincian kisahnya, maaf v_v kalau jumpa semula nanti, insya-Allah akan dikemaskini) berkisar tentang dua orang anak bagi seorang bapa ni, yang sulungnya seorang yang berjaya dan mempunyai pencapaian yang sangat membanggakan tetapi pada usia dewasanya si anak sulung ni tak pernah meluangkan masa bersama bapanya kerana sibuk dengan urusan pekerjaan.. Sementara si anak bongsu pula hidup dengan kemiskinan di rumah dan bekerja di bendang sahaja, namun si anak ni la yang meluangkan masa melayani bapanya yang semakin tua dan uzur..
Jadi marilah kita cuba muhasabah diri kita masing-masing. Adakah kita dah cukup membahagiakan ibu bapa kita? Kalau belum, marilah kita sama-sama cuba luangkan masa bersama mereka. Seperti mana Firman Allah;
"Tidak dilupakan, aku juga perlu memberikan sebahagian dari gaji tersebut kepada ibu bapaku juga (sebagai tanda terima kasih, bagi aku la)" ^-^Fokus - berbakti kepada ibu bapa (pada usia dewasa kita)
"Cukup ke sekadar bagi duit untuk menggembirakan mereka? Adakah yang demikian tersebut adalah permintaan ibu bapa terhadap anaknya yang dewasa?"Persoalan ini sering timbul dan tenggelam acap kali aku menjumpai artikel-artikel perkongsian di laman sosial Facebook. Jom kita hayati contoh perkongsian yang berikut:
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi:
Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
tapi ,
kenapa bila kita telah dewasa kita merasakan seolah mereka tidak pernah faham kita ?
mereka tidak pernah meminta kita balas apa yang mereka beri pada kita ?
mereka hanya meminta secebis kasih sayang . . .ketahuilah anak , mereka bukan pengemis ? perlu mengemis secebis kasih sayang dari anak mereka ?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan perkongsian tersebut, aku pun terasa sangat juga akan kebenaran perkara tersebut. Betapa banyaknya salah silap aku yang mungkin secara tidak sedar mengguris hati dan perasaan mereka..
Dan aku percaya ibu bapa hanya meminta kasih sayang dan perhatian daripada anak-anaknya. Walaupun sebilangan ibu bapa menginginkan kehidupan yang serba mewah dan senang-lenang, namun aku percaya kebahagiaan yang diimpikan oleh mereka (pada usia tuanya) ialah perhatian dan kasih sayang anak yang bekekalan..
Teringat aku akan satu adegan ketika aku cuba memberikan sebahagian dari hasil pendapat buat kali pertama, ayah aku membalas;
"Takpelah, kamu simpanlah duit itu dulu untuk masa depan kamu."Mungkin kebetulan ayah aku telah membuat persediaan awal (eg. dah simpan duit banyak) untuk menjalani kehidupan hari tuanya maka pada tahap ni, maka dia masih boleh berdikari sendiri dan tak perlukan. Namun, aku pasti sama ada bersedia atau tak, mereka perlukan perhatian daripada kita.. sentiasa ingin berhubung dengan kita, bertanya khabar, bertanyakan 'bila mahu datang melawat' dan lain-lain lagi..
Pernah aku terbaca satu kisah teladan di laman sosial (nota - dah tak ingat di mana sumber asal dan perincian kisahnya, maaf v_v kalau jumpa semula nanti, insya-Allah akan dikemaskini) berkisar tentang dua orang anak bagi seorang bapa ni, yang sulungnya seorang yang berjaya dan mempunyai pencapaian yang sangat membanggakan tetapi pada usia dewasanya si anak sulung ni tak pernah meluangkan masa bersama bapanya kerana sibuk dengan urusan pekerjaan.. Sementara si anak bongsu pula hidup dengan kemiskinan di rumah dan bekerja di bendang sahaja, namun si anak ni la yang meluangkan masa melayani bapanya yang semakin tua dan uzur..
Jadi marilah kita cuba muhasabah diri kita masing-masing. Adakah kita dah cukup membahagiakan ibu bapa kita? Kalau belum, marilah kita sama-sama cuba luangkan masa bersama mereka. Seperti mana Firman Allah;
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh" (Ah, Hah? atau yang setara dengannya), dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah Al-isra' :23)Selain itu, terdapat juga hadith yang menjelaskan;
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
Ulasan