Merancang
Kali ini, ingin aku berkongsi akan satu nasihat yang aku dapat dari media productiveMuslim. Jom sama-sama kita tonton animasi yang diberi:
Fokus - merancang jadual harian
Jadi animasi tersebut menyarankan supaya kita sentiasa merancang aktiviti harian. Dengan merancang, aktiviti kita akan lebih tersusun malah kita dapat menguruskan masa dengan baik. Pengurusan masa ni penting sebagai salah satu unsur kejayaan dalam hidup.
Jadi, jom sama-sama berusaha merancang ^-^ dan seterusnya kena bertawakal kepada Allah agar rancangan kita *selari dengan rancanganNya (aku merujuk *selari --> ketentuan yang ditetapkan Allah itu kena dengan apa yang kita rancang..), seperti dalam firmanNya:

"If you fail to plan, you plan to fail" (orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal)Jadi macam mana nak menguruskan masa dengan baik ni? Berdasarkan animasi itu tadi, sebaiknya kita menyenaraikan aktiviti yang ingin dilakukan mengikut keutamaan berikut:
- mustahak + segera
- tidak mustahak + segera
- mustahak + tidak segera
- tidak mustahak + tidak segera
Jadi, jom sama-sama berusaha merancang ^-^ dan seterusnya kena bertawakal kepada Allah agar rancangan kita *selari dengan rancanganNya (aku merujuk *selari --> ketentuan yang ditetapkan Allah itu kena dengan apa yang kita rancang..), seperti dalam firmanNya:
"Mereka merancang (tipu daya) dan Allah juga merancang (untuk membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang" (Surah Al-'Imran 3:54)Nota - walaupun konteks ayat tersebut sebenarnya merujuk kepada kaum kafir yang merancang suatu tipu daya dan Allah juga telah merancang untuk membalas tipu daya tersebut, tapi bukankah ayat tersebut memberi idea tentang Allah juga merancang berlakunya sesuatu perkara. Subhanallah~
Ulasan