Nasihat hari minggu~
Sekali lagi, aku ingin berkongsi nasihat dari media ProductiveMuslim. Jom kita ambil iktibar dari animasi berikut:
Spoiler alert! Animasi ni memaparkan watak tak produktif meluangkan hari minggu (masa lapang) dengan bersahaja dan menonton TV sambil makan, sementara muslim yang produktif meluangkan masa dengan aktiviti kebajikan (eg. membantu di hospital, kerja pembinaan, bantuan kepada anak yatim dll).
Aku faham sangat kebanyakan daripada kita (termasuk aku sendiri) beralasan untuk berehat setelah penat lelah bekerja pada hari biasa. Tapi tentunya kita pernah mendengar akan satu nasihat (hadith kot, aku tak pasti);
"Bekerjalah seolah-olah kamu hidup selamanya dan beribadatlah seolah-olah kamu meninggal esok hari"Darinya aku faham betapa umat Islam dianjurkan agar terus bekerja seolah-olah hidup sepanjang usia (tidak rehat-rehat dan tidak sakit). Namun ini tidak la bermakna kita mesti mengabaikan rehat. Cuma, dianjurkan agar tidak berlebihan kerana boleh menimbulkan perasaan malas dan tidak produktif pada kemudian hari.
Teringat aku akan satu hadith kumpulan imam Nawawi yang 40 iaitu;
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Petanda baiknya Islam seseorang itu ialah meninggalkan sesesuatu yang tidak berguna (bermanfaat) baginya" (Riwayat Tirmizi dan selainnya)Jadi marilah sama-sama kita berusaha agar hari minggu kita setidaknya diisi dengan aktiviti bermanfaat. Insya-Allah..
Ulasan