Mencari rezeki

gambar hiasan
Antara adegan yang berlaku ketika makan malam di restoran hari (tarikh) ini..
"Encik, belilah satu..", kelihatan sepasang suami isteri berusaha menjualkan pek tisu untuk mencari rezeki
"tak nak la.. terima kasih la", balas daripada seorang pelanggan A restoran tersebut dengan niat cuba menolak baik
 "Ambillah duit ni, saya sedekah saja..", respon seorang pelanggan B sambil memberikan beberapa helai not biru
Kelihatan pasangan tersebut tetap ingin memberikan pek tisu kepada pelanggan B sebagai satu urusniaga jual-beli..
"Saya tak nak beli, tapi saya nak sedekah je.. Ambillah..", tambah pelanggan B itu lagi sambil berkeras agar barangan tak 'dijualkan' kepadanya..

Fokus - Mencari rezeki yang halal..
Melihatkan situasi tersebut, teringat aku akan satu hadith yang pernah kubaca suatu masa dahulu. Inilah masanya untuk ulangkaji semula dalam perkongsian ni ^-^ insya-Allah, semoga bermanfaat kepada semua juga.. Jom kita teliti hadith berikut:
Daripada Jabir bin Abdillah r.a.; Rasulullah s.a.w bersabda,"tiada seorang yang membuka jalan bagi dirinya untuk meminta-minta, melainkan akan dibukakan oleh Allah pintu kemiskinan, dan siapa yang menjaga kehormatan dirinya Allah akan membantu menjaganya, dan siapa yang mencukupkan diri dengan apa adanya, maka Allah akan mencukupkannya. Bila seorang mengambil tali lalu pergi ke lembah untuk mengambil kayu, lalu dibawa ke pasar untuk dijual di sana dengan satu mud kurma nescaya yang demikian itu lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang, sama ada diberi atau ditolak" (Riwayat abu Laith As-Samarqandi)
Mungkin timbul keraguan tentang kesahihan riwayat Abu Laith ni, jadi disertakan juga hadith yang setara dengannya (lihat gambar);


Tambah satu lagi hadith yang lebih kurang sama;
Rasulullah s.a.w bersabda:"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." (Riwayat At-Tabrani) 
Jadi apa yang aku dapat belajar dari hadith-hadith yang disertakan: betapa umat Islam amat digalakkan untuk berusaha mencari rezeki sendiri (dengan usaha/ kerja yang dilakukan) berbanding dengan sekadar menerima pemberian orang lain. Jadi, bila difikirkan hadith dalam situasi trigger tadi, aku boleh faham kenapa pasangan suami isteri berusaha juga untuk wujudkan urusniaga jual-beli berbanding menerima sedekah sahaja..
"Lagipun secara logiknya, tentunya kita berasa lebih gembira apabila hasil usaha kita mendapat perhatian orang lain (misalnya anggap diri sebagai penjual, jadi semestinya kita paling gembira bila jualan kita laku)"
Jadi kepada kita dan juga golongan yang diberi nikmat harta ni, marilah kita membantu golongan yang susah ni. Bukanlah nak menyeru agar tidak mahu bersedekah, namun marilah kita sama-sama memberi sokongan terhadap usaha mereka mencari rezeki yang halal.. (eg. kalau mereka datang jual tisu ke biskut ke, beli je dengan niat agar mereka teruja untuk terus berusaha menjualkan barangan mereka). Setidaknya perbuatan ini dapat mencegah niat mereka untuk mencuri/ hasad dengki kepada orang lain.. ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)