Dilema jonah vs solat jumaat

Hari ni agak *Jonah (*istilah ni merujuk kepada situasi yang mana keadaan wad berada di luar kawalan misalnya tiba-tiba pesakit masuk secara beramai-ramai atau sebilangan pesakit tiba-tiba menjadi tidak stabil dan perlukan perhatian kecemasan) terutamanya apabila menjelang masanya solat Jumaat >_<! kebetulan pula houseman bertugas di wad ni hanyalah lelaki sahaja, maka aku jadi serba-salah untuk tinggalkan wad (yang tengah Jonah ni) untuk solat Jumaat. Maka, akhirnya aku terpaksa tinggal di wad untuk menguruskan pesakit mengandung yang tiba-tiba perlukan pembedahan kecemasan.. (oh ya, aku posting Obstetric & Gynaecology iaitu berkaitan dengan bersalin / sakit puan)
"Agaknya betul ke perbuatan yang aku lakukan ni?"
Persoalan ni timbul kerana aku teringat akan satu ayat dari Surah Al-Jumuah tentang suruhan agar pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Jom kita teliti maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (pergi ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian itu adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Surah Al-Jumuah 62:9)
Mungkin ada yang menghujah bahawa situasi yang aku hadapi di wad tersebut adalah Jonah, iaitu darurat / kecemasan jadi perbuatan aku meninggalkan solat Jumaat tadi tu dimaafkan. Seperti mana dari surah yang sama, maksudnya;
"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru, telah tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah), katakanlah (wahai Muhammad; pahala dan balasan) 'yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki'" (Surah Al-Jumuah 62:11)
Dalam ayat tersebut, dijelaskan tentang 'nikmat dunia' berupa barang-barang dagangan (yang akan membawa keuntungan) atau sesuatu hiburan atau apa-apa saja rezeki yang dikurniakan Allah sebagai satu ujian kepada hambaNya. Sebaliknya, tentulah aku faham betapa Islam juga melonggarkan syarat-syarat dalam situasi tertentu..
"Namun, aku tetap rasa tak selesa dan bad mood sekejap ketika berkonflik dalaman tesebut v_v astagfirullah~"
-------------------------------------------------<section closed!>----------------------------------------------------
Kebetulan aku menjumpai video ni, jadi aku ingin kongsikannya dalam entri ni bagi menjawab persoalan yang timbul. (jawapan secara langsung tu takde, tapi mungkin ada sedikit idea). Jom, saksikan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)