Psikologi tinggal solat?!

----kemaskini 29.6.2018 - baru jumpa ayat al-Quran yang bersesuaian---------
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Surah Al-Baqarah 2:238)
--------------

Beberapa masa yang lalu, aku terjumpa perkongsian di laman sosial facebook yang menarik perhatian aku.. Lalu ingin sekali aku kongsikannya di sini..

pernah rasa sebegini tak??
Pada satu masa tertentu, aku juga mendapati situasi sebegini juga terjadi dalam kehidupanku. Sepanjang aku mengharungi kehidupan berasrama, aku sedar diriku antara golongan yang lalai dan pernah tertinggal solat fardhu (Astagfirullah, dan aku doakan agar para sahabat lebih baik daripadaku). Dan kesan psikologinya, aku berasa baki hariku sangat tak best, seolah-olah telah hilangnya rahmat / berkat Allah padanya disebabkan kelalaianku dalam menjalankan amanahNya (iaitu beribadah fardhu).
Pada masa yang sama ada juga sebilangan kawan seperjuangan aku yang turut lalai dalam hal tersebut, namun tak disangka dia seolah-olah takde efek apa-apa pun tentang dosa tersebut.. Kenapa jadi begini?? ^-^!
Aku teringat akan satu nasihat (hadith) tentang pentingnya kita muhasabah semula amalan kita:

buku tazkirah ayahku selepas asar..
Adalah Nabi Muhammad s.a.w bersabda (ertinya), " Ciri-ciri kebinasaan ada empat; iaitu (1) melupakan dosa-dosa yang telah dilakukan padahal semua itu tercatat di sisi Allah (2) mengingati kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan padahal ia tidak tahu sama ada ianya diterima atau ditolak (3) memandang orang yang lebih tinggi dalam bidang duniawi, dan (4) memandang orang yang lebih rendah dalam perkara ukhrawi (keagamaan). Dalam hal ini Allah telah berfirman, " Aku hendak menolongnya, tetapi dia tidak berkeinginan kepadaKu maka aku batalkan..
Sedang tanda-tanda kebahagiaan juga ada empat: (1) merenungi dosa-dosa yang telah lalu, (2) melupakan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan, (3) memandang orang yang lebih tinggi kualiti agamanya, dan (4) memandang orang yang lebih rendah dalam perkara dunia.. "
Tambahan, aku jumpa hadith yang lain yang juga membawa maksud yang sama..
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sesiapa (muslim) yang bersukacita dengan kebaikannya, dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Fokus - Ciri pertama kebinasaan dan kebahagiaan
Walaupun aku yakin ramai mudah faham tentang isi pertama hadith tersebut, tapi sukanya aku copy paste (copy paste dari buku seperti gambar sisipan) ulasan berkenaan isi pertama: Orang yang melupakan dosa-dosa yang telah dilakukan itu biasanya tidak ambil peduli dengan kesalahan tersebut. Mereka ini akan cenderung untuk mengulangi dosa yang sama banyak kali tanpa rasa menyesal lagi bersalah tentang dosa tersebut.. Bahkan dalam situasi yang lebih teruk, mereka akan cuba untuk melakukan sesuatu dosa yang lebih berat lagi.. Astagfirullah~
"Siakap ikan senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.." <-- pepatah Melayu ini nampak kena dan sesuai dengan penjelasan tersebut ^-^!
dan sebaliknya merenungi dosa-dosa yang lalu menunjukkan kita bermuhasabah akan kesilapan lalu. Bila buat salah, maka terasa kesannya..  Lalu kita berusaha untuk memperbaik diri agar lebih baik dan tidak lalai..

Jom, agar kita sama-sama berusaha..

Some other stream of thought
"Layak ke aku masuk Syurga Allah (berdasarkan amalan-amalanku yang sikit ni serta dosa-dosa aku yang banyak ni)? Apakah ibadahku selama ini diterima Allah? Adakah aku sudah cukup ikhlas dalam amalanku..?" - entri Muhasabah
------------

Jom tengok pelbagai lagi nasihat dalam page Koleksi Nasihat (dinamakan semula)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)