Pesawat hilang..
Sejak 8 Mac 2014, Malaysia digemparkan oleh misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang sepatutnya dalam perjalanan dari KLIA menuju ke Beijing, China. Sampai hari (tarikh entri) ni, usaha pencarian masih lagi dilakukan dengan usahasama pelbagai negara luar..
Fokus - bomoh??
Memang mengejutkan apabila khidmat bomoh diguna pakai dalam usaha mencari pesawat tersebut. Aku rasa boleh mindset mereka ("guna la apa cara sekali pun, asalkan jumpa kapal terbang tu") tapi rasa tak selesa pula dengan kaedah tersebut..
Baru ni aku baca-baca Kalam Allah sampai ke surah Al-Jin, lalu tertarik (sebab rasa kena dengan situasi semasa) dengan mesejnya melalui ayat yang berikut:
----------------------------------Copy paste terjemahan dari Surah Al-Jinn (72)---------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Some other stream of thought
Suatu masa dulu entah bila, aku terpengaruh dengan satu kisah fantasi memerihalkan sekumpulan orang yang menyertai rombongan ke suatu tempat. Namun telah berlaku sesuatu dalam perjalanan membuatkan rombongan tersebut secara sampai ke satu dunia baru yang misteri maka bermulalah pengembaraan mencari jalan pulang ke dunia asal..
"Namun perkara yang menarik / mengejutkan ialah dalam usaha desperate tersebut, khidmat bomoh turut digunakan untuk mencari pesawat yang hilang itu.."
Memang mengejutkan apabila khidmat bomoh diguna pakai dalam usaha mencari pesawat tersebut. Aku rasa boleh mindset mereka ("guna la apa cara sekali pun, asalkan jumpa kapal terbang tu") tapi rasa tak selesa pula dengan kaedah tersebut..
Baru ni aku baca-baca Kalam Allah sampai ke surah Al-Jin, lalu tertarik (sebab rasa kena dengan situasi semasa) dengan mesejnya melalui ayat yang berikut:
----------------------------------Copy paste terjemahan dari Surah Al-Jinn (72)---------------------------
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia (dengan tujuan) menjaga diri dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua jin, kerana dengan permintaan itu menjadikan mereka bertambah jahat dan sombong.." (72:6)Ayat tersebut menjelaskan betapa perbuatan memohon pertolongan jin dalam sesuatu perkara adalah salah/ berdosa. (nota - dan perbuatan salah / dosa kalau disebut dalam AlQuran adalah satu dosa besar). Ada tafsiran lain menyatakan perbuatan tersebut adalah khurafat..
Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) mereka (jin) menyangka sebagaimana yang kamu (manusia) sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat (72:7)
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (rejaman-rejaman) api yang menyala. (72:8)
Padahal sesungguhnya kami (jin) dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit, untuk mendengar percakapan penduduknya, maka sekarang siapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu (untuk) merejamnya. (72:9)Ayat 8 dan 9 merujuk kepada kebolehan jin pada suatu masa dulu bahawa mereka boleh mencuri dengar berita dari langit. Maka kebanyakan ilmu tilik / sihir yang diamalkan pada masa dulu melibatkan golongan jin yang mempunyai kemampuan sebegini. Namun, seingat aku sejak zaman Rasulullah s.a.w, golongan jin tidak dapat lagi berbuat demikian. Maka segala rahsia langit hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.
Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui (bahawa) adakah (dengan adanya kawalan langit sedemikian) Tuhan hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, ataupun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka (72:10)
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kami golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kami yang lain dari yang itu; kami masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.(72:11)
Dan bahawa sesungguhnya kami (sekarang) mengetahui, bahawa kami tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana saja kita berada) di bumi, dan kami juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekali pun) (72:12)
Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (alQuran), kami beriman kepadaNya (dengan tidak bertangguh lagi), kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik) dan juga tidaklah akan ditimpakan sebarang kesusahan (72:13)Melalui ayat 13 ni, jelas dinyatakan betapa golongan jin juga beriman kepada Allah apabila mendengar petunjuk (AlQuran). Seperti mana hadith Rasulullah s.a.w
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya; iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,"(Riwayat Imam Malik).Tapi kenapa tidak kita berbuat demikian (seperti mana golongan jin beriman setelah mendengar petunjuk Allah)??
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Some other stream of thought
kepelbagaian reaksi orang ramai dengan berita tersebut |
"Berjayakah mereka mencari jalan pulang??"Namun, pentingnya difikirkan tentang realiti. Seperti mana yang berlaku sekarang ni, orang ramai berusaha mendoakan agar semua penumpang selamat pulang ke rumah. Mana taknya, penumpang seramai 239 orang ni adalah masing-masing adalah orang penting bagi individu tertentu, Jadi tentunya perpisahan yang tak dijangka ni memberi kesan besar kepada mereka.. Oleh itu, jom sama-sama berdoa agar mereka selamat kembali berjumpa keluarga dan orang tersayang..
gambar pinjaman dari upin dan ipin.. |
Ulasan