Final Fantasy X [Game PS2]
kemaskini 3.7.2018 - tajuk entri dinamakan semula. kini gaming di PS3 pula --> Final Fantasy X [Game PS2, PS3, PSV, PS4]
(nota - entri kali ni berkenaan game ^-^! sejak sekian lamanya..)
(nota - entri kali ni berkenaan game ^-^! sejak sekian lamanya..)
Sejak sekian lama aku tak mengangkat joystick PS3 di rumah, tarikh 20 Mac 2014 akhirnya membuatkan aku kembali bermain PS3 semula. Tarikh ni adalah tarikh keluaran game RPG kegemaran aku - Final Fantasy X / X-2 versi remaster.. (Takde la beza sangat dengan versi asal PS2 dulu cuma aku faham dalam versi ni grafiknya lebih diperbaik dan kemas je la)
Final Fantasy X [Original PS2, remastered version PS3, PSV, PS4]
Sinopsis ringkas game ni (edisi sendiri ^-^!)
Fokus A - battle system
Banyak yang menarik pasal battle system dalam game ni..
Watak Tidus juga diperkenalkan dalam game spin off Dissidia 012 [PSP] dan tentulah dia menjadi wataka kegemaran aku..
------------------
Antara siri game nostalgia yang lain boleh rujuk laman (page) Game
Final Fantasy X [Original PS2, remastered version PS3, PSV, PS4]
wallpaper ni jumpa kat wikia.. sekadar copy paste semata |
"Berkisar tentang seorang remaja bernama Tidus asalnya seorang pemain bola air (blitzball) yang entah tercampak ke dunia 1000 tahun akan datang ketika bandarnya musnah diserang raksasa besar bernama Sin. Jadi dalam usahanya untuk pulang semula ke masa/tempat asal, dia menyertai tugas sebagai penjaga (guardian) seorang summoner bernama Yuna yang ditakdirkan menyelamatkan dunia dari serangan raksasa besar bernama Sin. Bolehkah si summoner ni mengalahkan makhluk Sin ni, dan dapatkan Tidus ni pulang ke asalnya??"Aku berpendapat game FFX ni adalah yang antara yang terbaik dalam kalangan siri FF. Banyak unsur dalam game ni ternyata memang kena dengan minat aku. Antaranya (jom fokus);
Fokus A - battle system
Banyak yang menarik pasal battle system dalam game ni..
- Berlatarkan kepelbagaian situasi/ tempat. Selain lawan atas tanah (yang sangat tipikal bagi semua game RPG), ada juga adegan lawan dalam air serta atas kapal terbang. Kepelbagaian tempat/ situasi ni disertai trigger command (iaitu command tertentu selain attack, magic, item) untuk menyesuaikan dengan situasi. (misalnya lawan atas deck kapal terbang, adanya command untuk gerakkan kapal terbang menjauhi musuh atau sebaliknya..)
- Sistem overdrive iaitu teknik istimewa watak. Selain masing-masing memperlihatkan teknik individu yang hebat, cara mengaktifkannya juga sangat pelbagai (kebanyakan siri Final Fantasy yang lain perlu kepada damage sehingga satu tahap baru dapat aktifkan.. sementara yang ini ada pelbagai kaedah lain)
- FFX antara satu-satunya siri Final Fantasy yang membenarkan semua watak (ada 7 watak dalam game ni) turut serta dalam satu battle secara bergilir-gilir.. Sedangkan siri yang lain terhad kepada kumpulan bertiga/ berempat dan hanya boleh tukar ketika di save point (selalunya di bandar) sahaja..
- Watak utama lelaki (Tidus) berperwatakan optimis dan ceria..
"A cheerful teen whose personality is bright like the sun above, Tidus possesses the heart of an ace athlete. His main goal is to defeat his father, whom he detests to no end." - > walaupun aku tak seceria watak tidus, namun secara peribadinya personaliti ceria + optimis serius memang menarik perhatian aku.
- Watak utama perempuan (Yuna), seorang perempuan yang sangat bersopan santun dari segi pakaian, perwatakan dan gaya bahasa. Semua kata-katanya lebih kepada hal-hal yang baik-baik. Memang sangat menarik minat aku.
"Kalau la perwatakan sebegini wujud dalam dunia nyata, nescaya aku akan jatuh cinta padanya ^-^" (aku merujuk kepada watak Yuna dari FFX, sementara siri FFX-2 aku tidak selesa terhadap perubahan yang telah berlaku)Fokus C - random point
- Latar masa dalam game ni adalah suatu masa yang agak bersifat 80-90an; iaitu yang mana teknologi telah diperkenalkan namun masih menjadi satu isu bagi rakyat dunia tersebut.. Hm, so much like us the generation Y.. Sementara itu, ada siri lain FF yang berkisar satu zaman silam (--> susah nak difahamkan gaya bahasa tradisional, serta konsep latar istana) dan ada juga yang lebih bersifat futuristik (--> kadang-kadang tak realistik pula jadinya). Kedua-duanya menarik tapi aku paling suka pada setting 'semasa'..
- Mini game Blitzball (bola air) pun tidak kurang menariknya, aku ketagih main juga..
Watak Tidus juga diperkenalkan dalam game spin off Dissidia 012 [PSP] dan tentulah dia menjadi wataka kegemaran aku..
------------------
Antara siri game nostalgia yang lain boleh rujuk laman (page) Game
Ulasan