[JomBaca] 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat
Bismillah. Buku kedua untuk 2021. JOM BACA
Penulis - Mohd Razali Kamarudin
"..lebih dikenali Cikgu Razali Kamarudin (CRK) adalah pendidik di kolej vokasional pertanian Chenor, Pahang. Merupakan pengamal dan trainer teknik Faham Arab Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab kaedah Hafal Kata. Beliau juga telah menulis lebih 13 judul buku bertemakan pembangunan diri."
Penerbit : usahasama Faqih Media & An Naafi' Community
Bil halaman/ muka surat : 132 (bergambar, ringkas)
Deskripsi (kulit belakang):
Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat? Teknik bagaimana memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab al-Quran tanpa asas Bahasa Arab
Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya
- merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian
- memotiasi diri sendiri bagi menyahut cabaran tujuh hari ingat makna bacaan dalam solat
- menghal makna bacaan dalam solat
- memanggil kembali (recall) makna bacaan dalam solat yang telah dihafal
- memanfaatkan makna bacaan yang telah dihafal semasa bersolat
- menambah baik hafalan yang telah dilakukan
Markah (peribadi) : 4.5/5
Komen (peribadi)
Sangat menarik. Kaedah hafal kata demi kata menambah lebih kefahaman bacaan solat kepada diri aku. Bahkan terdapat isi kandungan bonus iaitu makna doa-doa selepas solat, dan faham makna asma'ul husna. Salah satu isi kandungan baru yang aku belajar ialah..
Memang aku rekomen buku ini buat kawan-kawan permbaca. Sebabnya kita umat Islam wajib solat setiap hari. Tapi sayangnya kalau kita tak faham apa yang kita 'bualkan' kepada Allah. Jadilah kita tak pernah dapat kesan solat mencegah maksiat (solat tapi masih buat maksiat)
Terdapat hadith berkenaan Allah menjawab setiap satu dari bacaan surah Al-Fatihah. Oleh itu, rupanya penting dari setiap dari kita (walaupun makmum) untuk baca surah Al-Fatihah dalam solat..
Ulasan