[Jombaca] Bukan Doktor Gugel
JOM BACA! Sasaran tahun 2021 ialah setahun 15 buku (ni sasaran asas bagi rakyat di Malaysia). Adakah akan berjaya??
Baik, buku pertama tahun ini ialah..
Deskripsi (kulit belakang)
Vaksin penyebab autism? Ujian air gula penyebab diabetis ibu mengandung? Mandi ketika berpeluh penyebab panau? Resdung berpunca daripada ulat? Mandi malam penyebab paru-paru berair? Bolehkah menyusu bayi selama 2 tahun tanpa makanan lain?
Sebelum era digital lagi telah banyak kepercayaan meleset dan mitos yang berlegar dalam khalayak. Namun, seltelah meledaknya teknologi maklumat dan lahirnya 'Encik Gugel' kecelaruan maklumat menjadi lebih rencam dan meluas. Segala maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dan rawatan menjadi mudah diakses. Lebih kritikal, siapa saja boleh memuat naik sebarang info tanpa memerlukan pengesahan, semakan atau kelulusan.
Natijahnya, sesiapa saja boleh mempropagandakan kefahaman dan salah faham sehingga menjadi satu kepercayaan yang sukar dikikis dalam masyarakat. Sesiapa saja boleh menjadi doktor. Ya, 'Doktor Gugel'
Naskhah ini menghimpun sejumlah persoalan yang sering menular dalam masyarakat sekaligus menjadi punca kekaluran ini dan dijawab oleh individu yang berkelayakan dan terdidik dalam disiplin yang wajar dan relevan dalam isu-isu berkenaan.
Kau dah kerja doktor buat apa nak baca buku ni lagi? Bukankah kau dah tahu semua maklumat perubatan. Kau tahu (bukan pandai, ya) baca artikel perubatan. Kau tahu (lagi, bukan pandai, ya) buat takrifan tentang kes/simptom penyakit tertentu. Kenapa perlu baca lagi?
Jawapan aku mudah. Aku tak pandai. Dalam bidang kedoktoran dinyatakan doktor perlu sentiasa belajar hal perubatan. Buku ini ditulis oleh pakar, penulisan dan diolah untuk rakyat awam. Cuma rakyat awam ada yang tak rajin nak baca buku ini. Jadi pentingnya aku serap maklumat dan sampaikan kepada sesiapa sahaja yang bertanyakan aku tentang soalan-soalan kerap (FAQ) ini..
Menarik buku ini, kandungannya tebal. Perbincangan topik dibahagikan mengikut bab-bab jabatan tersendiri.
- Perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital
- ada tips cara-cara untuk mohon cuti sakit
- Pelbagai penyakit umum
- penyakit kronik
- kesihatan wanita & penyusuan
- psikiatri & kesihatan mental
- kesihatan pergigian
- diet & pemakanan
- kesihatan & ibadat
- ubatan & isu semasa
- vaksin
Ulasan