Reviu Azam tahun 2020

Bismillah, macam tahun sebelumnya aku perlu introspeksi (muhasabah diri) azam, sama ada dah tercapai atau belum. semoga dapat dijadikan panduan untuk azam tahun 2021 pula.. 

Agama
  • Habiskan Hafazan dari Juz 29 
    • alhamdulillah dah habis pada 18.6.2020
  • Tambah sedikit hafazan dari Juzuk 28
    •  Ada mula dah tapi hafazan juzuk 28 tak teguh sebab susah 
  • Hafaz semula surah Yaasin, Al-Munafiqun (dulu pernah hafaz)
    • Yaasin? - belum ulang hafaz lagi. (gagal)
    • Al-Munafiqun? - alhamdulillah, sebab termasuk dalam progress juzuk 28
  • Tingkatkan kualiti solat
    • (gagal) - Aku tak pasti kualiti solat aku lebih baik. 
  • Solat sunat sekali sehari
    • (gagal) - tak istiqamah juga
  • Khatam Al-Quran 4 kali tahun ini - alhamdulillah
    • Nota tambahan - jangan baca Al-Quran telefon, tapi cari Al-Quran di masjid atau surau. Pelbagaikan sentuh naskhah yang berbeza-beza. 
    • pertama - 5.3.2020
    • kedua - 5.5.2020
    • ketiga - 20.6.2020
    • Keempat - 3.10.2020
    • Kelima - 25.12.2020
  • Sedeqah 10% 
    • (gagal) - tak begitu istiqamah juga
  • Lebih masa untuk Allah - sasaran 60 minit sehari
    • (gagal) - ada masa rajin tadabbur/hafazan memang lebih 60 minit. Tapi banyak hari malas juga..
"Kalau ingat lagi, dalam sehari ada 1440 minit, jadi berapa banyak masa kita luang untuk Allah?" - penulisan aku demi masa (2)
    Kerjaya / Pendidikan - (gagal)
    • Masa kerja 9 jam, guna masa untuk belajar kalau ada lapang (jangan main handphone atau tengok media sosial)
    Keluarga - (gagal) sebab musim covid dan aku pula petugas baris hadapan 
    • Sesi cuti bersama isteri
    • Sesi cuti bersama keluarga aku
    • Sesi cuti bersama keluarga isteri
    • Tambah lagi Projek salasilah 
    Hobi
    • Aktif blog di blogger & WiX - (sasaran seminggu 2 entri) 
      • (gagal) tiba-tiba tak rajin nak buat blog sangat..
    • Tambah/Asah skil kehidupan - alhamdulillah, tahun ni aku cenderung untuk baca buku tentang kemahiran (berbanding buku motivasi)
    • Berjimat lebih
      • (gagal) - banyak merah je akaun
    • Turun berat 10% 
      • (gagal) - berat macam makin naik je.. 
    • Selesaikan hutang kereta / hutang peribadi
    • Senaman 150 minit seminggu
      • (gagal) - musim covid jadi tak berani nak pergi jogging kat luar..
    • Jom Baca sebulan sebuah buku lagi - alhamdulillah berjaya
    • Martabat tulisan jawi lagi - alhamdulillah ada usaha
    Masyarakat
    • Derma darah lagi (2 kali setahun) 
      • (gagal) musim covid tak selalu keluar
    • Sertai aktiviti kemasyarakatan
      • (gagal) musim covid lagi alasan 
    • Buy Muslim First

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kamus bahasa melayu Sarawak

    Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

    Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)