Azam 2021

Bismillah.. 

Dah 2 minggu baru nak tulis azam?? Walaupun dah lewat tapi bagi aku azam tetap perlu tuliskan. Sebab dengan azam kita lebih peka dengan hala tuju tahunan. Dalam insya-allah pada setiap pencapaian azam membuktikan setidaknya kita telah berubah menjadi lebih baik. 

Baik, jom tengok azam tahun ini. Kalau semak balik reviu azam tahun lalu, pencapaian tak begitu memberangsangkan. Jadi rasanya tahun ni lebih kurang sama, tapi ada penambahan lagi..

Agama
  • Baca Al-Quran - sasaran khatam 5 kali setahun
    • pertama : 19.3.2021
    • kedua : 8.5.2021
  • Hafazan
  • Tingkatkan kualiti solat
  • Solat sunat sekali sehari
  • Sedeqah 10%
  • Lebih masa untuk Allah - sasaran 60 minit sehari
"Kalau ingat lagi, dalam sehari ada 1440 minit, jadi berapa banyak masa kita luang untuk Allah?" - penulisan aku demi masa (2)
    Kerjaya / Pendidikan
    • Masa kerja 9 jam, guna masa untuk belajar kalau ada lapang (jangan main handphone atau tengok media sosial)
    Keluarga
    • Sesi cuti bersama isteri
    • Sesi cuti bersama keluarga aku
    • Sesi cuti bersama keluarga isteri
    • Tambah lagi Projek salasilah 
    Hobi
    • Menyimpan secara konsisten sebulan RM500
    • Karya Nasihat Jawi seminggu sekali di instagram
    • Turun berat 10%. 
      • Tahun ini berat aku 75kg (naik turun sejak 2018). Jadi sasaran turun 7.5kg 
    • Selesaikan hutang kereta / hutang peribadi?
    • Senaman 150 minit seminggu?
    • Jom Baca - tahun ini 15buku/setahun
    Masyarakat
    • Derma darah lagi (2 kali setahun)
    • Sertai aktiviti kemasyarakatan
    • Buy Muslim First

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kamus bahasa melayu Sarawak

    Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

    Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)