Permudah dan jangan menyusahkan

Bismillah.. entri kali ni bersifat nasihat la ye.. ^-^ Hari ni baca-baca al-Quran, aku sampai ke satu kumpulan ayat ni. Sangat berpengajaran~ Jom semak sama-sama!

--- terjemahan [Surah Al-Baqarah 2: 67-74] ---

67: Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, "sesungguhnya Allah telah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata, "adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab, "aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan jahil (iaitu melakukan sesuatu perkara yang tidak patut)"

68: Mereka berkata pula, "berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab, "bahawasanya Allah berfirman bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu. Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.."

69: Mereka berkata lagi, "pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab, "bahawasanya Allah berfirman bahawa (lembu betina) itu seekor lembu kuning, kuning tua warnanya lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya"

70: Mereka berkata lagi, "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamarannya kepada kami (susah nak pilih), dan kami insyaAllah akan dapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu tersebut).

71: Nabi Musa menjawab, "bahawasanya Allah berfirman bahawa (lembu betina) itu ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah / bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman, ia tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata, "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu..

72: Dan (ingatlah) ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

73: Maka Kami (Allah) berfirman, "Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu". (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apakah ceritanya yang berlaku ni?  Pernah aku terbaca akan kisah-kisah yang terkandung dalam Al-Quran. Ringkasnya kisah yang berkaitan dengan ayat ni ialah (Nota: sinopsis berikut hanyalah berdasarkan kefahaman dan memori peribadi)
"Pada suatu masa di zaman Nabi Musa berlakunya satu pembunuhan seorang lelaki. Namun Bani Israel pada masa tersebut tak nak mengaku malah saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Maka Allah menurunkan perintah tersebut (untuk memperlihatkan kekuasaanNya) bagi membongkarkan kes pembunuhan tersebut. Maka terjadilah dialog (seperti mana dalam surah Al-Baqarah tersebut). Jadi akhirnya si terbunuh dihidupkan semula dengan kekuasaan Allah lalu memberitahu pembunuh yang sebenar.."
Fokus - Jangan menyusahkan situasi
Jadi apabila diamati kisah tersebut. dapati dilihat bahawa Bani Israel suka mempersoalkan perintah yang diturunkan oleh Allah, sehingga tanpa sedar mereka semakin menyusahkan diri sendiri..
"Ha, dah bagi arahan mudah (suruh cari lembu betina), mereka banyak soal pulak (tanya tentang sifat, warna dan sebagai), kan dah semakin payah kena cari ikut spesifikasi ^-^! nasib baik akhirnya jumpa jugak.." ^-^!
Jadi pengajaran yang boleh dipelajari dari kisah ini ialah ada masanya kita tak perlu nak mempertikaikan arahan/ perintah Allah terlalu umum, sebab apabila dikhususkan nescaya akan lebih memudahkan kita juga. Sukanya aku percaya bahawa Allah sukakan yang mudah dan tidak mahu menyukarkan hambanya.
 “Allah tidak menghendaki untuk menjadikan kesukaran bagi kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Maidah 5:6)
Daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata: “Nabi s.a.w pernah bersabda: Permudahkan dan jangan menyukarkan, tenangkan dan  jangan meliarkan.” (Riwayat Al-Bukhari) 
Atas sebab itulah (taknak menyusahkan diri) wujudnya rukhsah dalam ibadah apabila dalam situasi tertentu (eg. musafir / sakit / takde air / darurat dll).

Allahu akbar~

Sumber rujukan lain..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)