Dua nombor
"Aku tak faham: Kenapa nak kena ada dua nombor?? Susah la nanti nak contact. Tak tahu nak call/ mesej nombor yang mana nanti.."Begitulah persoalan yang aku timbulkan terhadap mereka yang menggunakan dua atau lebih nombor telefon. Kebanyakannya beralasan mereka menggunakan operator yang berbeza, maka lebih ekonomik jika digunakan kena pada tempatnya. (Misalnya nombor maxis hanya berhubung dengan kawan-kawan bernombor maxis, sementara kalau digi pula akan giat berhubung dengan geng digi --> demikian jumlah kos sebulan adalah lebih menjimatkan) Aku percaya demikianlah sebab utama kawan dan sahabat handai menggunakan lebih dari dua nombor (jika ada).
Dan aku juga, sejak dua tahun ni aku mula mempunyai nombor telefon yang kedua disebabkan peristiwa yang pernah berlaku masa tu.. (rujuk entri musibah 28.4.2012)
sketch ringkasan spesifikasi penggunaan kedua-dua handphone (nombor) aku.. |
"Jadi walaupun nombor 019 ni dah semakin jarang digunakan, namun insya-allah nombor ni la yang paling aku peka / alert untuk jawab telefon ^-^ jadi kalau nak calling/sms sila berhubung dengan nombor 019 la ye.."Some other stream of thought
- Namun, tak seperti orang ramai, aku ni bukanlah jenis yang suka 'bermain' handphone sangat..
- Tak dapat nak dibayangkan kalau tiba-tiba aku akan tambah handphone lagi pulak.. ^-^ nauzubillah~ bagi aku, dua pun dah memadai
Ulasan