Monitor bermelodi.

1 Mei 2015 (tahun depan) adalah temu janji pertemuan semula (reunion) kawan-kawan sekelas 4 JM di SBP (2004)
"Jom la kita tanam 'time capsule'. Tiap-tiap orang tulis apa-apa je pada kertas masing-masing dan kita masukkan dalam botol ni lalu tanam. Dalam 10 tahun lagi, kita datang gali balik.."  - entri Time Capsule
kelas 4JM (2004) terdiri daripada 22 semuanya..
Pada satu masa dalam tahun 2004 (aku rasa dalam bulan 3-4 kot), aku dilantik jadi ketua kelas sebab ketua kelas yang asalnya naik pangkat jadi PP (pemimpin pelajar aka pengawas) sekolah. Jadi nak tak nak, aku terpaksa juga bertugas jadi ketua kelas..
"aku yang pendiam ni dah la tak bersosial sangat , sedangkan nak kenal semua rakan kelas pun aku masih ambil masa walaupun dah jadi ketua.."
Namun, satu trademark aku pada masa tu adalah: Monitor bermelodi. Apa tu?? Jom tengok sedutan video ni dulu..

(nota - ini adalah diari untuk perkara yang berlaku pada tahun 2004, sementara animasi CG upin, ipin dan kawan-kawan diperkenalkan pada tahun 2008+. Jadi tak boleh nak kata aku tiru mereka ye.. Sebaliknya, tengok upin dan ipin memang buat aku teringat saat tersebut ^-^)

Haha, takdelah sampai menari sedemikian, tapi yang pasti ucapan selamat aku pastinya bernada tersendiri. Dan setiap kali aku buat mesti satu kelas gelak sebab pelik kot dengar.. Tapi aku tetap kekal buat macam tu sampai la hujung tahun tingkatan 4 tersebut.. 
"Namun, cikgu BM aku pada masa tu tak selesa dengan nada tersebut, dan banyak kali suruh aku berlatih untuk betulkan serta matangkan.. ^-^! maaf la cikgu, aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat begini.."

Fokus - di sebalik monitor bermelodi..
Ya, aku ni ramai orang cakap orang yang bersifat serius dan pendiam. Jadi 'main-main' macam ni pastinya ada tujuan tersendiri.
"Kenapa erk kau buat macam ni? Buat macam biasa tak boleh ke?" - tegur seorang rakan sekelas masa saat pertama dengar nada tersebut..
Jadi kalau nak tanya sebabnya, maka aku nak kaitkan dengan saat pertamaku di SBP ni. Jom dengar imbas kembali ni kejap, semoga faham tujuan aku.. ^-^!

----------------------------------------<flashback! mode>-------------------------------------------------

Aku ingat lagi, 26 Januari 2004 adalah hari pertama aku menjejak kaki ke dunia SBP. Kemudian orientasi seminggu baru la aku memulakan sesi pembelajaran tingkatan 4..

SBP tidak lagi seperti sekolah biasa. Hari-hari kami diberi homework memang menggunung, sampai pelajar memang takde masa untuk bersantai / rilek. Kalau tengokkan suasa kelas kami memang buku sangat banyak di meja setiap pelajar (aku terkecuali kot :P sebab aku bukan jenis belajar banyak buku serentak). Jadual sangat ketat. Sekolah 715 pagi sampai pukul 215 petang, rehat kejap (makan dan solat je, tak boleh balik dorm) lepas tu pukul 3 kekal di kelas untuk prep sampai Asar. Petangnya pun dipaksa keluar hostel (pergi la main kat mana-mana sampai pukul 6).. Siap-siap untuk solat marghrib, makan pukul 630petang. Lepas isyak terus prep lagi di kelas sampai pukul 1030 malam.. ^-^! ringkasnya..
  • 715 pagi - 215 petang => 7 jam
  • 300 petang - Asar (agak-agak pukul 430petang) => 1jam 30 min
  • Lepas isyak (pukul 845mlm - 1030mlm) => 1 jam 45 min
Kalau ikutkan memang kena stay up lagi 2-3 jam untuk siapkan kerja rumah..
  • Tambah 2-3 jam lagi 
Jadi jumlah masa berjumpa buku sehari sahaja adalah 12-13 jam total ^-^ kali la 5 hari..
"Dan kebanyakan datang awal ke kelas serta skip perhimpunan pagi semata untuk studi / kerja rumah.."
Situasi kerja rumah bergunung ni pernah diajukan kepada pihak atasan, iaitu penolong kanan sekolah namun komennya, "sememangnya dirancang sedemikian agar pelajar memanfaatkan masa hanya untuk pelajaran..". Jadi kesannya, tekanan / stress memang wujud dalam keadaan sedemikian. Setiap hari, aku perhati kawan-kawan nampak stress serta tension. Ada je kerja rumah..
Sedangkan aku ada je hobi masa lapang ku di meja tulis --> caraku cope stress belajar. (Maksudnya, suruh la aku duduk kat meja studi 12 jam pun, asalkan aku luangkan masa lukis-lukis skit, insya-allah aku terkawal lagi..) --> entri hobi di meja tulis
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi melihatkan keadaan sedemikian, aku kena ikhtihar sesuatu agar kelasku ceria 'sikit'. Sejak aku mula memegang tugas ketua kelas, asalnya aku memang kekal formal dalam ucapan, sehinggalah pada satu masa di kelas Bahasa Inggeris bersama guru..
"Good Morning, Sir Azwan~~" - kali pertamaku secara tak sengaja..
Seluruh kelas gelak pelik masa tu.. Safar la paling gelak kuat ^-^!
"Don't stop that. I like the way you do.. at least, the class had cheer up a bit" - komen beliau menenangkan kelas yang gelak masa tu.
Maka sejak itulah aku kekal jadi monitor bermelodi..

Some other stream of thought

  • Serius, susah betul nak mengelak dari tugas memimpim. Sememangnya aku diberitahu bahawa tiap-tiap orang adalah pemimpin setidaknya terhadap diri sendiri - ada hadith aku share kat entri ketua
  • Terkadang aku berasa maksud nama aku ni pun berperanan menyebabkan aku 'terpaksa' jadi ketua
"Namun, aku berpendapat hal tersebut hanya boleh apply kalau mereka panggil nama aku dengan sebutan yang betul. Maka, kalau mereka panggil sebutan macam-macam (eg. shed dll) maka 'doa / pengakuan' tak valid ^-^! maka jadilah aku tak pernah berusaha nak betulkan sebutan mereka.."- entri ketua
"Tapi misterinya aku tak pernah cuba nak ubah panggilan kawan-kawan agar mereka tak mendoakan aku ketua. kenapa boleh jadi macam ni juga akhirnya..?"  

  • Mungkin aku bukanlah seorang ketua yang baik, namun insya-Allah di bawah jagaanku aku akan cuba jaga dan ambil berat semua orang. 


hoping to be a 'leader' if i were given task.. please correct me where i did wrongly.. onegai shimasu


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)