Ketua
(nota - Entri ni lebih bersifat retrospektif, iaitu berlaku pada suatu masa lalu..)
Ada sekali ni, aku ditempatkan bertugas di wad khas Denggi. Tapi HO cuma bertiga je bagi sepanjang minggu tersebut ^-^! dan takde pun nak care pasal jadual tugasan giliran.. Aiseh, tak boleh jadi kalau macam ni.. Maka nak tak nak, aku secara sukarela menawarkan diri untuk membuat jadual tugasan..
Teringat aku akan satu hadith berkenaan pemimpin ni. Jom ulangkaji jap:
Ada sekali ni, aku ditempatkan bertugas di wad khas Denggi. Tapi HO cuma bertiga je bagi sepanjang minggu tersebut ^-^! dan takde pun nak care pasal jadual tugasan giliran.. Aiseh, tak boleh jadi kalau macam ni.. Maka nak tak nak, aku secara sukarela menawarkan diri untuk membuat jadual tugasan..
"Chup! Chup! Aku buat jadual semua ni bukanlah bermakna aku nak jadi ketua. Namun, aku sekadar menjadi organizer semata-mata.. Takde tugas lain.."Fokus - Pemimpin
Teringat aku akan satu hadith berkenaan pemimpin ni. Jom ulangkaji jap:
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Berdasarkan hadith ni, adalah satu hakikat semula jadi bahawa setiap orang adalah pemimpin bagi tiap sesuatu. Kalau tengok contoh hadith tersebut, setiap individu pasti ada tanggung jawab masing-masing yang setara dengan tahapnya. Jadi walaupun aku memang tak nak / minat nak jadi pemimpin, tapi hadith tersebut ternyata menyedarkan aku bahawa kita tetap akan ditanya perihal tanggungjawab (ie. kepimpinan) terhadap apa sahaja yang berada di bawah jagaan kita.
"Kalau hadith dah kata demikian, terima dan redha je la dengan tugas kepimpinan ni. Cuma hendaknya kepimpinan kita perlulah adil dan menjaga kepentingan semua pihak ^-^! susah ni~"Dan ada satu lagi dalil tentang pemimpin ni. Dari surah An-Nisa 4: 34 yang bermaksud: (nota - ayat ni panjang, aku copy paste terjemahan untuk seluruh ayat, namun aku highlightkan isi yang berkaitan. Menariknya ayat ni juga memerihalkan ciri-ciri wanita solehah, serta tentang isu nusyuz + panduan menanganinya)
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana itu Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga orang lelaki juga membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...…maka perempuan solehah itu ialah yg taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan diri & suami serta apa yg wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya……dan perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) maka hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka degil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau masih berdegil lagi) pukullah mereka dengan pukulan yang ringan untuk tujuan mengajarnya. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka pula. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (Surah An-Nisa 4:34)Namun demikian, hanya menjadi ketua barulah aku berpeluang mewujudkan situasi all-win. Tapi kena pandai rancang serta bertoleransi dengan semua pihak. Dalam hal ni, ada satu tips yang aku ingin kongsikan, asalnya adalah dari Firman Allah (seperti biasa aku akan kekalkan ayat asal AlQuran tanpa potong-potong ayat):
^-^! dan demi kemudahan para pembaca, maka aku ringkaskan isi dari ayat tersebut:
"Maka dengan sebab rahmat (yg melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat & pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yg mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan & hal-hal keduniaan). Kemudian, apabila engkau telah berazam (sesudah mesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (Surah Al-'Imran 3:159)
- hendaklah bersikap lemah lembut kepada sahabat dan pengikut (dan janganlah bersikap kasar dan keras hati)
- maafkanlah kesalahan mereka (sekiranya mereka engkar arahan lagi tak mahu dengar cakap, sebab mereka juga ada pendapat sendiri)
- pohonkan ampun bagi mereka
- bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (supaya kita dapat tahu kehendak dan pendapat mereka dalam sesuatu perkara --> lalu berusaha menjayakan sesuatu tanpa mengabaikan kepentingan siapa-siapa)
- (setelah bermesyuarat dan berusaha maka) kepada Allah lah hendaknya kita bertawakal
Jom, sama-sama berusaha menjadi pemimpin yang baik..
pentingnya, jangan dilupakan untuk menjadi pemimpin (imam) di dalam solat juga. Semoga kita berjaya memimpin makmum menuju syurga Allah ^-^! |
some other stream of thought
Di sebalik nama (aku) "Syed Hazran", perkataan Syed adalah dari ejaan arab sin-ya'-dal (سيد) yang membawa maksud "tuan (ketua)". Jadi, setiap kali nama aku disebut oleh orang lain, mereka seolah-olah mendoakan aku menjadi seorang ketua.. Ada pendapat lain menyatakan, melalui panggilan tersebut mereka sebenarnya mereka mengakui aku seorang ketua. - entri maksud nama
"Namun, aku berpendapat hal tersebut hanya boleh apply kalau mereka panggil nama aku dengan sebutan yang betul. Maka, kalau mereka panggil sebutan macam-macam (eg. shed dll) maka 'doa / pengakuan' tak valid ^-^! maka jadilah aku tak pernah berusaha nak betulkan sebutan mereka.."Banyak lagi nasihat lain dari pelbagai sumber boleh didapati dalam --> Nasihat (page) <-- isi kandungan sebenarnya
Ulasan