Kembara-4

Alhamdulillah~ berbulan lamanya aku struggle mengharungi posting medical. Dan akhirnya aku telah pun tamat posting ni.
"It was tough and enduring posting >_<! though i am glad i did not back off all the way through.. so at least let's give one pat on my back.. and get some rest.."
Aku mengambil cuti *3 hari di pengakhiran posting dengan niat ingin menenangkan fikiran dan perasaan sebelum memulakan posting baru. (*Namun satu hari adalah postcall maka tak dikira sebab aku dah penat postcall maka membazir cuti dengan tidur saja.. adoi~). Jadi buat apa cuti singkat ni? --> Let's go for a journey then. i love travelling deep in my heart..
"Keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga; Bermusafirlah kerana bagi musafir itu terdapat lima kelebihan; (1) terlepas dari kerumitan (2) dapat meningkatkan kualiti hidup (3) kaya dengan ilmu & pengalaman (4) berpengetahuan luas tentang adab & budaya serta (5) mendapat ramai kenalan" - entri kembara
Oh ya, atas sebab tertentu aku merahsiakan destinasi perjalanan kali ni ^-^!

Fokus - Kenderaan awam..
Teringat aku akan satu adegan ketika masaku di UNIMAS satu masa dahulu..
"Syed, would you like to join me journey back home *Sibu --> Kuching (iaitu perjalanan dianggarkan 6 jam lamanya)? Don't worry i'll do the driving.." - tanya seorang kawan seperjuanganku yang agak mesra
"Erm, thanks Vima ^-^! but maybe i will take (the provided) bus instead..  
 "But why?? It should be convenient if we are going by car right. We can reach there earlier and straight. Come on, you should know better. Or is it that you don't want to go with me, right?" - pujuknya
 "No don't get me wrong, Vima ^-^! it just i want the feeling of travelling (long) via bus.."
Demikianlah antara jawapan / alasan yang aku berikan kepadanya ketika itu. Aku berasa kalau orang ramai dalam situasi tersebut, majoritinya akan memilih untuk menyertai kereta berbanding dengan bas. Mana taknya:
  • Bas lebih sesak dengan ramainya penumpang. Selain lebih masa menunggu semua penumpang mengisi bagasi serta memenuhi tempat duduk, terkadang suasana bas adalah bising lagi tak kondusif untuk satu perjalanan yang bermakna
  • Kereta lebih bebas untuk singgah di mana-mana..
  • Kereta lebih pantas 
[nota - hierarki pengangkutan pilihan aku, kenderaan awam sering dijadikan prioriti utama ^-^! rujuk entri cabaran untuk memandu]

Namun pendirianku ternyata berbeza sedikit..
  • walaupun sesak ramai orang, aku berasa suasana agak meriah lagi pelbagai. Mereka tetap menuju ke satu destinasi yang sama, tapi masing-masing ada tujuan dan agenda tersendiri. Bila dikongsikan sesama penumpang maka terasalah travelling ni penuh dengan pelbagai kemungkinan..
"i'd find it a bit interesting to see people travel for a lot of reasons.. And there are many kind of people to see, too.."
  • Mungkin bas agak perlahan dan agak membazir masa. Namun pada satu cara, aku rasa masa yang ada tersebut boleh jadi sesuatu yang bermakna; dapat menikmati perjalananan tersebut sama ada berbentuk panorama sepanjang perjalanan ataupun perkongsian sesama penumpang sepanjang perjalanan tersebut..
  • Secara peribadinya, aku banyak kali tidur dalam perjalanan jarak jauh. Setiap kali menumpang kereta kawan, banyak kali rasa bersalah bila aku tidur sementara kawan aku yang drive ni penat lelah terpaksa pandu sendirian.. Jadi dalam situasi bas pula, pemandu adalah orang luar. Jadi tak terasa sangat 
Some other stream of thought (Entri bagi siri kembara)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)