Budak Baru
Baru-baru ni terpapar ni media sosial Facebook akan satu klip video bertajuk "Budak Baru" yang bagi aku agak membuka minda. Maka ingin sekali lagi aku kongsikannya dalam blog ini juga..
Spoiler alert! - "Optimistic Azlin reports duty to Dr. Azmy, only to find that life as a doctor is not what she thought she signed up for" (Mungkin istilah optimistic tak sesuai untuk penjelasan video ni. Aku rasa naif lebih tepat untuk situasi Dr. Azlin, si house officer baru)
Hm, jadi ada beberapa fokus / arus fikiran yang timbul berdasarkan klip video ni.
Fokus A - Realiti kerjaya doktor
Berdasarkan video tersebut, aku setuju akan hakikat pekerjaan sedemikian ternyata berbeza dari apa yang selalu diimpikan. Ketika di bangku pelajar perubatan, semuanya nampak idealistik. History kena tanya lengkap dan sempurna, physical examination juga terurus lagi sistematik. Namun realiti tak sebegitu. Doktor junior sememangnya dianggap menyusahkan sebab semua baru nak belajar, sementara doktor senior pula takde masa nak luangkan untuk ajar baik-baik..
Melihatkan watak Dr. Azlin, ada sedikit persamaan terhadap diriku iaitu sifat naif. Umumnya, aku masih mengimpikan situasi ideal dalam kerjaya doktor ni; Gembira dapat membantu orang lain (dari aspek kesihatan). Walaupun dalam video ni memberi impressi bahawa HO akan mengharungi kitaran tersebut dan akan berubah, namun kesan sebaliknya aku berasa semakin bertekad untuk cuba menceraikan kitar tersebut.. Secara idealnya, meningkat pengalaman semoga aku menjadi doktor yang baik: [Azam HO activate!]

"Rasionalnya para senior yang berpengalaman ni mempunyai tekanan dari sumber tertentu (eg. pakar yang telah pun set up peraturan wad sendiri) serta jangka prestasi. Tapi si junior la yang akan menjadi mangsa keadaan, sebab tak tahu cara kerja di wad tersebut (baru belajar)..."
"Tekanan, memang tekanan.. sehinggakan adanya berputus asa.." - pinjam entri tabah hatiMaka kitaran ni akan sentiasa berulang-ulang.. Iaitu apabila si junior telah pun mendapat pengalaman maka cara kerja pun berubah mengikut seperti para senior yang lama..
"Pada satu cara, aku nampak diriku tak de beza macam watak Dr. Azmy (senior) apabila junior masuk bekerja sama denganku.. Memang aku akui tentang tekanan kerja tersebut, membuatkan aku juga selalu lalai / terpesong dari personaliti asal aku untuk bersifat supportive.." entri supportiveFokus B - Break the cycle
Melihatkan watak Dr. Azlin, ada sedikit persamaan terhadap diriku iaitu sifat naif. Umumnya, aku masih mengimpikan situasi ideal dalam kerjaya doktor ni; Gembira dapat membantu orang lain (dari aspek kesihatan). Walaupun dalam video ni memberi impressi bahawa HO akan mengharungi kitaran tersebut dan akan berubah, namun kesan sebaliknya aku berasa semakin bertekad untuk cuba menceraikan kitar tersebut.. Secara idealnya, meningkat pengalaman semoga aku menjadi doktor yang baik: [Azam HO activate!]
- memberi sokongan dan galakan membina kepada doktor junior
- tidak mengabaikan hak pesakit (atau keluarga) tentang perkembangan keadaan mereka
"Nak mencapai ideal memang susah lagi menyakitkan, namun aku telah pun melihat beberapa contoh doktor senior yang bersikap baik dan membina: Dr. Kasu, Dr. Salina, Dr. Dian, Dr. Felix.. Mereka ni sememangnya idola (kerjaya doktor) aku. Maka tak mustahil la maknanya~ Insya-allah aku akan cuba mengikut jejak langkah mereka.."
Ulasan